The Official Portal of The Perak Government

Sambutan Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Negeri Perak Disambut Meriah - 2 Februari 2014

TAPAH, 2 FEBUARI 2014 - Hampir 10,000 penduduk Negeri Perak pelbagai kaum menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Negeri Perak di padang berhampiran Dewan Komuniti Chenderiang, Tapah.

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini turut dihadiri DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Negeri Perak bersama pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan rakyat negeri Perak.

Sambutan kali ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian naga, persembahan artis tempatan, persembahan artis Orang Asli tempatan dan persembahan bunga api.

Turut hadir mencemar duli, DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda. Ketibaan baginda disambut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan, anggota Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan ketua jabatan.

YB ADUN Chenderiang, Dato’ Dr Mah Hang Soon ketika ditemui berkata, beliau berasa bangga kerana sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak berlangsung dalam suasana meriah apabila dihadiri lebih 10,000 tetamu yang mewakili lapisan masyarakat termasuklah kaum Orang Asli dan juga pelancong asing.

Sumber: Korporat, SUK Perak.

ÂÂÂÂ