The Official Portal of The Perak Government

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017 : 21 September 2017

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017

YBhg Dato' Abu Bakar Bin Haji Said menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima dalam majlis tersebut.

IPOH, 21 SEPTEMBER 2017 - Semangat kekitaan perlu dijadikan sebagai mekanisme utama dalam usaha mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan awam di Perak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg Dato' Abu Bakar Bin Haji Said berkata, perkara itu penting bagi memastikan pelbagai agenda yang ingin dilaksanakan khususnya berkaitan pembangunan berjalan lancar.

"Masih banyak agenda yang belum dilaksanakan dan saya harap pegawai serta kakitangan awam meliputi pelbagai jabatan meningkatkan lagi hubungan antara mereka.

"Ia pada masa yang sama dapat membantu menjaga nama baik serta mengekalkan kecemerlangan mutu perkhidmatan yang diketuai pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Puan Emillia Rosnizar Binti Ahmad Hanipiah dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Mohamed Nasser Bin Abdul Razak.

Beliau berkata, pelbagai pengiktirafan yang diterima kerajaan negeri di peringkat nasional dan antarabangsa sebelum ini juga, hanya akan dapat dikekalkan sekiranya mutu perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.  

"Sebagai contoh, Perak mendapat tempat kedua terbersih di peringkat Malaysia. Kedua, kita juga mencatatkan kedatangan pelancong tempatan tertinggi di Malaysia. 

"Manakala di peringkat antarabangsa pula, kejayaan Penganjuran Pangkor Dialog (PIDD) menjadikan Perak dikenali di mata dunia. Ia adalah berkat kerjasama yang dipamerkan anda semua dan seharusnya dikekalkan," katanya.

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017

Antara kakitangan awam SUK Perak yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017

YBhg Dato' Abu Bakar Bin Haji Said menyampaikan hadiah tempat pertama yang dimenangi SUK dalam acara kawad kaki sempena Hari Kebangsaan 2017.

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017

YBhg Dato' Abu Bakar Bin Haji Said menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Mohamed Nasser Bin Abdul Razak dalam majlis itu.

Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bil 2/2017

YBhg Dato' Abu bakar Bin Haji Said bersama sebahagian kakitangan SUK Perak memotong kek hari jadi dalam perhimpunan berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.