The Official Portal of The Perak Government

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam : 25 Januari 2018

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

YB Dato' Rohana Binti Abd Malek merupakan tetamu kehormat yang hadir sekaligus merasmikan Mesyuarat AgungPerwakilan Puspanita kali ke-35.

IPOH, 25 JANUARI 2018 - Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Perak perlu menjadi unit penting yang berperanan membantu kerajaan negeri memartabatkan sektor perkhidmatan awam.

Pengerusi PUSPANITA Perak, YBhg Datin Seri Nor Hasmah Bt Mohamad berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut, setiap anggota PUSPANITA Perak perlu menjadikan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai panduan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Dalam konteks memperkasakan wanita, warga PUSPANITA sekalian perlu menimba ilmu, meluaskan ilmu pengetahuan, menggilap potensi dan bakat selain meningkatkan daya kepimpinan.

“Hal ini dapat diterjemahkan melalui penyertaan anggota dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dari semasa ke semasa,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan PUSPANITA Perak Kali ke-35 Tahun 2018, di Dewan Bankuet.

Menurut beliau, sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan saling mempercayai antara satu sama lain juga perlu dijadikan inti pati penting oleh setiap anggota dalam memastikan PUSPANITA Perak disegani selain menjadi contoh kepada pertubuhan lain.

“Semua sikap tersebut harus wujud dalam jiwa anggota PUSPANITA untuk memacu kejayaan sekali gus memantapkan persatuan ini agar menjadi contoh kepada persatuan lain,” kata beliau.

Mengulas mengenai pemilihan ahli jawatankuasa baru sesi 2018-2020, beliau berkata, pihaknya berharap pucuk pimpinan yang terpilih nanti akan terus komited meneruskan objektif dan visi persatuan.

Tambah YBhg Datin Seri Nor Hasmah, jika berlaku sebarang perbezaan pandangan antara anggota, perkara itu sewajarnya diselesaikan melalui perbincangan yang harmonis.

“Dengan itu saya pasti, sebuah persatuan itu akan terus dihormati, maju dan berjaya dalam segala usaha yang dirancang untuk kebajikan persatuan dan ahli-ahlinya,” kata beliau.

 

  1. ANUGERAH PUSPANITA KEBANGSAAN

            KATEGORI BERPRESTASI TINGGI BAGI CAWANGAN

           (MENDAPAT ANUGERAH YANG PERTAMA KALI PADA TAHUN 2012 DAN KALI KE-2 PADA TAHUN 2017)

 

  1. JOHAN
  2. PERTANDINGAN BOWLING PIALA KSN (ACARA INDIVIDU LELAKI)
  3. PERTANDINGAN BADMINTON BAGI PROGRAM PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN PUSPANITA KEBANGSAAN.

 

  1. NAIB JOHAN
  2. PERTANDINGAN BOWLING PIALA KSN (ACARA IBU & ANAK DAN BERKUMPULAN).
  3. PERTANDINGAN FUTSAL

 

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

YBhg Datin Seri Nor Hasmah Bt Mohamad ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat agung tersebut.

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

YBhg Datin Seri Nor Hasmah Bt Mohamad kelihatan sebak ketika menyampaikan ucapan.  

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

Jawatankuasa PUSPANITA Perak yang dilantik bagi menggalas tugas untuk penggal 2018-2019.

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

Setiausaha Kehormat Puspanita, Puan Noor Aniza Binti Mansor ketika membentangkan laporan tahunan dalam mesyuarat agung berkenaan.

PUSPANITA Perak Perlu Bantu Kerajaan Negeri Martabat Sektor Awam

Reaksi yang ditonjolkan segelintir anggota PUSPANITA Perak dalam undian yang dijalankan bagi memilih jawantankuasa baru.

Sumber : Korporat, SUK Perak.