Seminar Adat Istiadat Diraja Perak : 24 Januari 2019

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr) Mohd. Zahidi Hj Zainuddin berucap semasa Seminar Adat Istiadat Diraja Perak.

IPOH, 24 JANUARI 2019 - Satu Seminar Adat Istiadat Diraja Perak telah diadakan di Hotel Casuarina@ Meru.

Seminar yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini melibatkan empat orang panel daripada Orang Besar Empat Negeri Perak iaitu YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. (B) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin; Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Dato’ Seri Hj Wan Fadzir Bin Haji Wan Hussain; YDH Toh Seri Maharajalela, Dato’ Seri Zainal Adzam Bin Abd Ghani dan YDH Toh Amar Seri DiRaja, Dato’ Ayub Bin Hashim.

Antara tujuan seminar berkenaan dilangsungkan adalah untuk menanam pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek protokol kepada semua pihak terutama yang terlibat dengan jemputan ke majlis rasmi sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

Selain itu, ia juga berperanan bagi memupuk semangat bekerjasama erat dan harmoni sesama orang besar dan isteri dengan komuniti agar institusi Orang Besar Negeri sentiasa dipandang tinggi.

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

YDH Toh Seri Maharajalela Dato' Seri Zainal Adzam bin Abd. Ghani merupakan antara panel  Seminar Adat Istiadat Diraja Perak.

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri berserta tetamu vip yang hadir di seminar tersebut.

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

 Ucapan aluan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Seminar Adat Istiadat Diraja Perak.

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

Antara ketua jabatan yang hadir di seminar tersebut.

Seminar Adat Istiadat Diraja Perak

YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr) Mohd. Zahidi Hj Zainuddin hadir sebagai panel Seminar Adat Istiadat Diraja Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.