YAB MB Perak Pengerusikan Mesyuarat Pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. 14 Disember 2020.

YAB MB Perak Pengerusikan Mesyuarat Pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. 14 Disember 2020.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Haji Saarani Bin Mohamad mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

IPOH, 14 Disember: YAB Menteri Besar Perak,  Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad, mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, bermula jam 10 pagi ini.

Mesyuarat tersebut dijalankan dengan kehadiran 5 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, antaranya, YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin; YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Harun; YB Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya; YB Dato’ Dr. Wan Norashikin Binti Wan Noordin dan YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed. 

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-undang Negeri, Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu diadakan bagi membincangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan Negeri Perak 2021 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri ke-14, rabu ini.

Terdahulu, kelima-lima Ahli Dewan Undangan (ADUN) tersebut telah mengangkat sumpah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Khamis lalu.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Haji Saarani Bin Mohamad mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim

Sumber : Korporat, SUK Perak.