Kerajaan Negeri Perak Umum Belanjawan Rm1.215 Bilion. : 16 Disember 2020

Kerajaan Negeri Perak Umum Belanjawan Rm1.215 Bilion. : 16 Disember 2020.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Haji Saarani bin Mohamad bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim serta YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan menunjukan buku Belanjawan Negeri Perak.

IPOH, 16 Disember – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Belanjawan Negeri 2021 dengan peruntukkan berjumlah RM1.215 bilion di bawah tema “Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif”.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad berkata, daripada jumlah itu, RM785.1 juta diperuntukkan bagi anggaran perbelanjaan mengurus, manakala RM430 juta lagi disediakan untuk perbelanjaan pembangunan.

"Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021 akan terus memberi fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi seimbang, menitikberatkan keadilan sosial serta menjaga kesejahteraan rakyat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.

"Ia juga meneraju kelestarian sumber dan alam sekitar secara efektif serta memacu pemodenan dan pendigitalan institusi bagi menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang bersih dan terbaik di seluruh negeri ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Berikut adalah ringkasan Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2021 oleh YAB Menteri Besar Perak :-

BELANJAWAN NEGERI PERAK 2021: “PERAK NEGERI BERDAYA TAHAN, MAMPAN DAN INKLUSIF”

PRASARANA

  • 4 juta kepada Jabatan-jabatan yang bertanggung jawab mengendalikan urusan ini.

 

PERUMAHAN

  • Peruntukan RM26.7 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP)

 

INDUSTRI ASAS TANI

  • Jabatan Pertanian menerima peruntukan Belanja Mengurus RM24.2 juta dan Belanja Pembangunan RM8.0 juta yang dikhususkan bagi Pembangunan Industri Tanaman, Peningkatan Teknologi Pertanian, Pembangunan Modal Insan dan Pembangunan Industri Asas Tani.
  • 5 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 

ALAM SEKITAR

  • Kerajaan Negeri memberi tumpuan untuk menjaga kelestarian alam sekitar dengan memperuntukkan RM48.8 juta.

 

KEUSAHAWANAN

  • 0 juta bagi merangsang pertumbuhan sektor usahawan di Negeri Perak.

 

MENINGKATKAN SYIAR ISLAM

  • Kerajaan Negeri menyediakan RM99.6 juta sebagai usaha memperkasakan lagi perkembangan syiar agama islam.

 

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN

  • Kerajaan Negeri memperuntukkan RM84.3 juta untuk meningkatkan pembangunan modal insan di Negeri Perak meliputi RM54.9 juta bagi pendidikan sekolah, manakala RM29.4 juta bagi pendidikan tinggi.

 

PEMBANGUNAN SOSIAL

  • Kerajaan Negeri memperuntukkan RM83.9 juta untuk pembangunan sosial dan kebajikan rakyat Negeri Perak.

 

BELIA DAN SUKAN

  • 6 juta bagi pembangunan belia dan sukan negeri.

 

PELANCONGAN

  • 9 juta diperuntukkan bagi usaha pemulihan dan memaksimakan potensi industri pelancongan.

 

TADBIR URUS

  • 1 juta untuk Belanja Mengurus semua jabatan dan agensi negeri.

 

PENGANGKUTAN AWAM

  • Perkhidmatan bas henti-henti akan diperluaskan ke Daerah Batang Padang dan Daerah Kuala Kangsar.

 

HAL EHWAL  BUKAN ISLAM (HEBI)

  • Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10.0 juta di bawah program ini.

 

GERAN KEPADA AGENSI KERAJAAN NEGERI

  • 4 juta diperuntukkan.

 

PENJAWAT AWAM

  • Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Perak.
  • Pembayaran RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru I’dadi, Guru Thanawi, Guru Tadika Islam, Tok Batin dan Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Sumber : Korporat, SUK Perak.