YAB Menteri Besar Umum Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.: 23 Disember 2020

YAB Menteri Besar Umum Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.: 23 Disember 2020

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)

IPOH, 23 DISEMBER 2020 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saaarani bin Mohamad  hari ini mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, kira-kira dua minggu selepas beliau dilantik menerajui kerajaan negeri.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani bin Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

ADUN Semanggol, YB Tuan Haji Razman bin Zakaria pula bertanggungjawab bagi portfolio Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, manakala ADUN Selama, YB Encik Mohd Akmal bin Kamarudin memegang portfolio Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

ADUN Sungai Manik, Dato’ Zainol Fadzi bin Paharudin yang baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil dipegang oleh ADUN Kuala Kurau, YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri.

ADUN Changkat Jering, YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, manakala ADUN Tualang Sekah,  YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohamed Radzi bertanggungjawab bagi portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan.

ADUN Rungkup, YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya memegang portfolio Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor dan ADUN Kampung Gajah, YB Dato’Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin memegang portfolio Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO.

Bagi portfolio Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam,ia dipegang oleh ADUN Lintang, YB Dato’ Mohd Zolkafly bin Harun manakala ADUN Bota, YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed bertanggungjawab memegang portfolio Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia.

Senarai portfolio itu diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad pada majlis secara ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Sumber : Korporat, SUK Perak.