Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama YAB MB Perak : 10 Disember 2023

Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama YAB MB Perak.

YAB Menteri Besar Perak ketika merasmikan Program Memancing Perak Sejahtera 2030

TANJUNG RAMBUTAN, 10 Disember 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin hadir bagi memeriahkan Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama YAB Menteri Besar Perak di Kolam Memancing Unit Kebun, Hospital Bahagia Ulu Kinta, di sini.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Objektif program tersebut diadakan bertujuan menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dari segi mental dan fizikal di samping memperkasakan semangat perpaduan serta silaturahim antara satu sama lain.

Pada program tersebut, turut diadakan tiga pertandingan iaitu ikan terberat, ikan terbanyak serta ikan terawal melalui tiga kategori iaitu VVIP (YAB MB, Ex-Officio, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri), VIP (ketua jabatan dan pegawai daerah) dan terbuka (jabatan, agensi dan media).

Bagi kategori VVIP, johan pertandingan telah dimenangi oleh YB Ahli Dewan Negeri Tronoh, Encik Steven Tiw Tee Sing diikuti oleh YB Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning, Encik Ishsam bin Shahruddin dan YB Ahli Dewan Negeri Malim Nawar, Puan Bavani Veraiah.

Manakala bagi kategori VIP, tempat pertama telah dimenangi oleh YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Encik Ahmad Suqairy bin Alias diikuti oleh YBrs. Pegawai Daerah Batang Padang, Encik Ahmad Redhauddin bin Ahmad Shokori di tempat kedua dan YBrs. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Encik Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri.

Bagi kategori terbuka, johan telah dimenangi oleh Encik Mohd Rashdan bin Shapial diikuti oleh Encik Ir. Zulhairi bin Abdul Wahab di tempat kedua dan Encik Muhd Hafiz bin Abdul Rahim di tempat ketiga.

Selain itu, bagi pertandingan ikan terawal telah dimenangi oleh YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin dan kategori ikan terbanyak berjaya digondol oleh rumah sukan Murasaki.

Dalam perkembangan sama, Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama YAB Menteri Besar Perak melibatkan penglibatan hampir 200 orang.

Diharapkan program sebegini mampu menjadi platform terbaik dalam meningkatkan komunikasi berhubung sasaran dan aspirasi dalam merealisasikan agenda Perak Sejahtera 2030.

Sumber : Korporat, SUK Perak.