Sesi Perjumpaan YB SUK Bersama Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak : 15 Disember 2023

Sesi Perjumpaan YB SUK Bersama Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan

IPOH, 15 Disember 2023- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah hadir ke Sesi Perjumpaan Bersama Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Sesi tersebut telah diadakan sebagai medium interaksi YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersama penolong pegawai tanah dari seluruh pejabat tanah dan daerah (PDT) di negeri Perak mengenai pandangan, cadangan dan aspirasi dalam hal-hal berkaitan khususnya pengurusan tanah.

Kehadiran seramai 154 orang penolong pegawai tanah dari seluruh negeri Perak itu juga dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam memastikan tugas-tugas mereka dilaksanakan dengan jayanya melalui dasar yang ditetapkan seiiring dengan harapan kerajaan dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu.

Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nor Sham binti Rahman serta YBhg. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip.

Sumber : Korporat, SUK Perak.