Lawatan Kerja YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke SUK Perak : 22 Disember 2023

Lawatan Kerja YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke SUK Perak

YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini mempengerusikan mesyuarat bersama YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkapli bin Mohamed dan YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

IPOH, 22 Disember 2023 - YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato' Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), SUK Perak, Puan Nuruljaswa binti Abd Hamid dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Perak, Puan Srihartini binti Mohamed Shamsudin.

Lawatan kerja tersebut dimulakan ke Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkapli bin Mohamed telah menyampaikan Surat Pertukaran dan Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M52 dan M48 di bawah pentadbiran SUK Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.