YAB MB Perak Sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal : 2 Januari 2024

YAB MB Perak Sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal.

YAB Menteri Besar Perak dan isteri bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika Program Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) Berselawat.

IPOH, 2 Januari 2024 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isteri YABhg. Datin Seri Aezer bin Zubin hadir bagi menyerikan Program Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) di sini.

Program yang berlangsung sekitar jam 9 malam itu telah dimulakan dengan bacaan Surah At-Taubah, ayat 122 hingga 129 oleh johan qari Tilawah al-Quran negeri Perak 2023, Encik Mohd Kamaruzaman bin Daud.

Pengisian program sempena Tahun Baharu 2024 itu diteruskan dengan alunan selawat serta zikir yang dipimpin oleh Kumpulan Qasidah Majelis Rasulullah dari Gerik dan diikuti dengan ceramah berjudul 'Mindset Tahun Baru' yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal.

Program berbentuk keagamaan itu dilihat sebagai medan penyatuan lebih 1,000 orang umat islam dari seluruh negeri perak yang berteraskan akhlak dalam menzahirkan pujian kepada Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW.

Hadir sama YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Dato’ Mohd Zolkafly bin Harun; YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin; YB Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Salbiah bin Mohamed; YBhg. Ketua Eksekutif PKNP, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak serta YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), SF Tuan Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim

Sumber : Korporat, SUK Perak.