Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan KESEDAR 2023/2024 : 13 Januari 2024

Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan KESEDAR 2023/2024.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Norsham binti Rahman, Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Encik Mohd Azraei bin Harun, Encik Kumaresan a/l Lingam dan Puan Anita binti Amri

IPOH, 13 Januari 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua KESEDAR, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) 2023/2024 yang diadakan di Akademi Badminton Perak, Meru.

Hadir sama, YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) merangkap Naib Yang Dipertua KESEDAR, Dato’ Norsham binti Rahman; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Ketua Rumah Sukan Merah, Puan Aida Hazlyn binti Hassan; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) merangkap Ketua Rumah Sukan Ungu, Encik Mohd Azraei bin Harun; Timbalan Pengarah Sektor I, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) merangkap Ketua Rumah Sukan Kuning, Encik Kumaresan a/l Lingam dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Korporat merangkap Ketua Rumah Sukan Biru, Puan Anita binti Amri.

Setakat ini, antara acara yang telah dipertandingkan bagi sukan KESEDAR adalah Dart, Memancing, Ping-Pong dan Bola Jaring (Wanita).

Bagi acara Dart, johan adalah rumah Merah manakala naib johan adalah rumah Ungu dan tempat ketiga adalah rumah Biru.

Seterusnya, bagi acara Memancing, johan adalah milik rumah Ungu manakala naib johan adalah rumah Jingga dan tempat ketiga dimenangi oleh rumah Kuning.

Bagi acara Ping Pong pula, johan adalah rumah Ungu dan naib johan adalah rumah Jingga manakala tempat ketiga adalah rumah Merah.

Manakala, bagi Bola Jaring (Wanita), johan adalah rumah Kuning, naib johan adalah rumah Jingga dan tempat ketiga adalah rumah Merah.

YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah menyempurnakan penyampaian hadiah iaitu sekalung pingat bagi setiap acara yang telah dipertandingkan kepada semua pemenang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.