YAB MB Perak Rasmi Kursus Pemantapan Pengerusi JPKK 2024 : 1 Februari 2024

YAB MB Perak Rasmi Kursus Pemantapan Pengerusi JPKK 2024.

YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan.

IPOH, 1 FEBRUARI 2024- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad hadir bagi merasmikan Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Kursus anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu bertujuan bagi memberi pengetahuan dan keperluan sebagai salah satu nilai tambah dalam memperkasakan fungsi dan peranan JPKK dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang berkesan.

Selain itu, objektif pelaksanaan kursus ini ialah melahirkan JPKK yang fokus kepada tanggungjawab dalam memajukan pembangunan kampung, serta mampu meningkatkan kecekapan dalam perancangan yang bersesuaian dengan desa dan memainkan peranan yang signifikan dalam usaha penglibatan masyakarakat dalam pembangunan negara.

Kursus yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat mengenai dasar JPKK oleh wakil Bahagian Komuniti Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi taklimat mengenai jenis-jenis bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Mohd Zolkafly bin Harun; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato' Salbiah binti Mohamed; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Puan Halizah binti Sipun serta ketua-ketua jabatan dan agensi

Sumber : Korporat, SUK Perak.