Mesyuarat Pentadbir Tanah Bil.1 2024 Dan Mesyuarat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Pegawai Daerah Bil. 1 2024 : 9 Februari 2024

Mesyuarat Pentadbir Tanah Bil.1 2024 Dan Mesyuarat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Pegawai Daerah Bil. 1 2024.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan kedua-dua mesyuarat tersebut.

IPOH, 9 Februari 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Pentadbir Tanah bil.1 2024 dan Mesyuarat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Pegawai Daerah bil. 1 2024 di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip dan pegawai-pegawai daerah di seluruh negeri Perak.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi fokus dalam pencapaian hasil negeri dan matlamat serta hala tuju negeri Perak selain menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) hasil tanah bagi tahun 2024.

Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun; Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Puan Nuruljaswa binti Abd Hamid dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), SUK Perak, Encik Mohd Azraei bin Harun.

Sementara itu, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut mengucapkan tahniah atas pencapaian setiap daerah dalam mencapai kejayaan dan memberi peringatan kepada setiap pegawai daerah untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati dalam kejadian bencana alam.

Sumber : Korporat, SUK Perak.