Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri : 23 Mei 2018

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu mempengerusikan Mesyuarat EXCO pertama selepas lantikan barisan EXCO dibuat.

IPOH, 23 MEI 2018 - YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu mempengerusikan Mesyuarat EXCO pertama selepas lantikan barisan EXCO dibuat.

YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

Menurut beliau, semua Exco yang telah dilantik juga berpuas hati terhadap penetapan portfolio masing-masing.

Beliau berkata, barisan Exco yang dilantik ini akan bekerja sebagai satu pasukan dengan mengamalkan sikap saling menasihati.

“Bukan semua orang tahu semua perkara, tetapi kita akan sentiasa ingat mengingati dan tegur menegur, ini satu amalan yang kita buat.

“Harapan kita kini adalah untuk fokus kepada setiap tawaran yang dibuat kepada rakyat, kita perlu pastikan janji itu dapat dipenuhi dalam jangka masa lima tahun ini,” kata beliau.

Portfolio Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan dipegang YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Tuan Haji Asmuni Bin Awi.

Manakala YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong pula mengetuai Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu sementara YB ADUN Kuala Kurau, Encik Abdul Yunus Bin Jamhari memegang portfolio Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan.

Bekas YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin pula diberi kepercayaan untuk memegang portfolio Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

Dalam pada itu, YB ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari pula bertanggungjawab terhadap portfolio Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan manakala YB ADUN Sungkai, A Sivanesan pula dilantik memegang portfolio Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia.

Satu-satunya Exco Wanita, Cik Wong May Ing diberi tanggungjawab untuk menggalas portfolio Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

Sementara tiga wakil rakyat muda iaitu YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan Kar Hing memegang portfolio Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; YB ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim bagi portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi selain YB ADUN Pasir Pinji, Encik Howard Lee Chuan How menjawat portfolio Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

 

AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK

  1. Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu

(Menteri Besar merangkap Exco Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi)

  1. Tuan Haji Asmuni Bin Awi

(Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan)

  1. Encik Paul Yong Choo Kiong

(Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu)

  1. Encik Abdul Yunus Bin Jamhari

(Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan)

  1. Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin

(Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor)

  1. Dr Abdul Aziz Bin Bari

(Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan)

  1. Encik A Sivanesan

(Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia)

  1. Cik Wong May Ing

(Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat)

  1. Encik Tan Kar Hing

(Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)

  1. Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim

(Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi)

  1. Encik Howard Lee Chuan How

(Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan)

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

YB ADUN Sungkai antara EXCO yang hadir dalam mesyuarat yang diadakan.

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

YB ADUN Manjoi turut hadir pada mesyuarat EXCO yang diadakan.

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

Turut hadir YB ADUN Simpang Pulai dan YB ADUN Pasir Pinji.

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

YB ADUN Tebing Tinggi ketika ditemui sebelum mesyuarat EXCO bermula.

Kerajaan Negeri Perak Umum 11 Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

YB ADUN Titi Serong antara yang turut hadir pada mesyuarat EXCO yang diadakan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.