Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018 : 8 Jun 2018

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

YB Pegawai Kewangan Negeri Perak Dato' Abu Bakar bin Haji Said berucap semasa Majlis Penyerahan Bubur Lambuk kepda Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 8 JUN 2018 - Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), telah mengedarkan sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk kepada seluruh warga kerja termasuk Lembaga Muzium Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Sekretariat SUKMA, Pejabat Undang-Undang Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri dan Tourism Perak.

Warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan telah bergotong-royong seawal jam 8.00 pagi bagi menyediakan dan memasak sebanyak tujuh periuk bubur lambuk di perkarangan parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan sebelum diisi ke dalam kotak plastik untuk diagihkan.

YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu bersama-sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd Gazali bin Jalal juga mengambil peluang untuk meninjau proses penyediaan, memasak serta membungkus bubur lambuk kira-kira jam 11.45 pagi.

Dalam ucapan ringkasnya, YAB Menteri Besar Perak turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini serta mengingatkan semua warga kerja agar mempertingkatkan produktiviti kerja di masa akan datang.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

YB Pegawai Kewangan Negeri Perak menyerahkan bungkusan bubur lambuk kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Puan Nor Eni binti Ismail.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

Petugas-petugas membersihkan telur masin untuk penyediaan Bubur Lambuk Pejabat SUK 2018.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

Para petugas bergambar bersama semasa majlis penyediaan bubur lambuk tersebut.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

Kakitangan Pejabat SUK Perak berkerjasama menyiapkan bahan-bahan untuk penyediaan bubur lambuk.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2018

Kaunter zakat juga turut dibuka kepada petugas di majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.