Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018 : 16 September 2018

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap dalam Majlis Makan Malam SUKMA XIX Perak 2018.  

IPOH, 16 SEPTEMBER 2018 - Kerajaan negeri berharap semua atlet dan pegawai kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018  perlu menggunakan elemen perpaduan untuk terus bersatu atas nama Malaysia sepanjang temasya itu berlangsung.

YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, biarpun atlet bertanding atas bendera negeri masing-masing, namun ia bukan satu kekangan untuk mewujudkan elemen perpaduan itu.

"Saya terharu apabila melihat atlet-atlet muda kita meneruskan tradisi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Inilah sebenarnya keunikan negara yang mempunyai perbezaan kaum, budaya dan agama adalah kekuatan menyatukan dan bukannya melemahkan rakyat di negara ini.

"Semangat perpaduan dan toleransi semestinya sentiasa membara dalam diri setiap rakyat Malaysia, bukan hanya pada waktu tertentu seperti sambutan Hari Kebangsaan atau ketika kita menyokong Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam gelanggang badminton," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sukma Perak 2018 di Hotel Casuarina@Meru.

Dalam pada itu, beliau berkata, menjadi satu cabaran besar kepada kerajaan Perak untuk menguruskan temasya sukan terbesar negara itu khususnya dalam memastikan keselesaan lebih 11,000 atlet dan pegawai dari 15 kontinjen termasuk Brunei Darussalam terjamin.

"Saya akui ia tugas mencabar apatah lagi temasya sukan Sukma kali ini berlangsung di 12 daerah seluruh negeri bagi tempoh lebih 10 hari.

"Kita akui terdapat kekurangan sedikit sebanyak di sana sini, contohnya lokasi penginapan atlet tetapi kita mengambil langkah membetulkan keadaan secepat mungkin," kata beliau.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para atlet dan pegawai kontinjen yang menyertai SUKMA XIX Perak 2018.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YB Howard Lee Chuan How Perak bergambar bersama segelintir atlet SUKMA Perak.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YAB Menteri Besar Perak bersama YAB Menteri Besar Selangor, Aminuddin Bin Shaari ketika hadir di majlis makan malam tersebut.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

Kumpulan Selendang Perak membuat persembahan dalam majlis makan malam tersebut.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YAB Menteri Besar Perak ketika hadir dalam program makan malam bersama atlet dan pegawai kontinjen SUKMA.

Majlis Makan Malam SUKMA Perak 2018

YAB Menteri Besar ketika menyaksikan persembahan dan keletah artis yang dijemput memeriahkan majlis makan malam tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.