Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Kerian : 21 Oktober 2018

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Kerian

YB Setiausaha Kerajaan mendengar permasalahan mengenai isu sawah padi yang rosak akibat ditenggelami banjir kilat.

BAGAN SERAI, 21 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Hj. Zainal Azman Bin Abu Seman mengadakan lawatan kerja ke Kampung Parit Ali Kalang bagi memantau isu sawah padi yang rosak akibat ditenggelami banjir kilat.

Turut hadir sama adalah Pegawai Daerah Kerian, Encik Mohd Sabli bin Bakri dan Ketua Unit Peladang Bagan Serai dan beriah, Norpazli Samad.

Sebanyak 24 pesawah terkesan berikutan banjir kilat yang menyebabkan kawasan tanaman padi seluas 60 hektar itu terjejas.

Difahamkan, kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat apabila air dari Empangan Tasik bukit Merah dilepaskan, air akan bertakung dan lambat surut untuk mengalir ke sungai berhampiran.

Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan tiga beg benih padi baharu untuk setiap 0.4 hektar sawah padi kepad petani terlibat.

Jabatan Pengairan dan Saliran juga diminta menyediakan pam menyedut air tambahan untuk mengeluarkan air dari kawasan sawah.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak turut menyatakan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masalah rakyat terutama mereka yang terjejas akibat cuaca.

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Kerian

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ke Daerah Kerian bagi melihat permasalahan penduduk tempatan.

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Kerian

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ke Daerah Kerian.

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Kerian

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melawat kawasan padi yang rosak akibat banjir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.