YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta : 22 November 2018

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pecah tanah SMTDR Daerah Kinta.

IPOH, 22 NOVEMBER 2018 – YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) daerah Kinta di Changkat Kinding, Chemor.

Beliau dalam sidang media memberitahu, SMTDR Daerah Kinta yang dibina di atas tapak seluas 13 ekar itu akan berkonsepkan asrama penuh selain dilengkapi prasarana seperti bangunan akademik, bangunan asrama, makmal, bengkel dan dewan makan.

YAB Menteri Besar berkata, pembinaan sekolah itu hanya bermula tahun hadapan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2021.

"Buat masa ini terdapat dua lagi SMTDR iaitu di daerah Batang Padang dan Hulu Perak sedang dalam pembinaan yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

Kerajaan negeri juga akan meneruskan pembinaan SMTDR di setiap daerah lain, fasa seterusnya adalah di Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kerian dan Larut Matang Selama," ujar beliau.

Hadir sama, YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Bin Varisai Mahamad, YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Mohd Yusop Bin Husin dan YBrs Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Encik Mohd Haidi Bin Sulaiman.

Selain itu, beliau berkata, institusi tahfiz di negeri ini akan diselaraskan dengan mengambil kira subjek kurikulum dan kokurikulum arus perdana. Menurut beliau, kajian berhubung perkara itu telah pun dilakukan Jawatankuasa Khas Kajian Pendidikan Tahfiz Perak dan telah dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Bagi pembelajaran tahfiz ini akan kita masukkan kurikulum arus perdana sepertimana dianjurkan Kementerian Pendidikan," kata beliau.

Dalam perkembangan sama, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, pada tahun ini kerajaan negeri melalui MAIPk telah memperuntukkan RM350,000 kepada institusi tahfiz yang berdaftar.

"Kita akan meneruskan kelangsungan perjalanan institusi tahfiz di negeri ini dan berusaha membantu agar mereka berdaya saing melahirkan huffaz yang cemerlang di peringkat global," kata beliau.

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama dif-dif kehormat melihat pelan pembangunan SMTDR Daerah Kinta.

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

Majlis pecah itu turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid yang dialunkan oleh para pelajar tahfiz.

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

Antara tetamu yang hadir pada majlis pecah tanah SMTDR Daerah Kinta terdiri dikalangan orang awam dan pegawai kerajaan.

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu sempat beramah mesra dengan salah seorang tetamu yang hadir pada majlis pecah tanah SMTDR Daerah Kinta.

YAB Menteri Besar Rasmi Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan SMTDR Daerah Kinta.

Sumber : Korporat, SUK Perak.