Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana : 28 Februari 2019

Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman melihat lokasi penempatan sekretariat pengurusan bencana yang terdapat pada papan pameran.

IPOH, 28 FEBRUARI 2019 - Penganjuran Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Negeri Perak 2019 bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pihak terlibat dalam menangani pelbagai bencana alam secara sistematik.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, pendedahan dalam latihan itu boleh dipraktikkan pihak terlibat sekali gus disampaikan kepada masyarakat bagi memudahkan usaha-usaha menyelamat dilakukan.

“Objektif program kita pada pagi ini adalah untuk memberi penerangan kepada ketua-ketua jabatan terutama jentera kerajaan di peringkat daerah mengenai pengurusan bencana berdasarkan arahan Majlis keselamatan Negara (MKN).

“Program ini turut menggariskan peranan masyarakat setempat sebagai unit sokongan kepada agensi kerajaan dalam menghadapi bencana,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beliau berkata, pihaknya turut berharap dalam sesi latihan itu nanti para penceramah akan menerangkan secara terperinci berhubung penjagaan kebersihan yang sepatutnya diamalkan oleh mangsa banjir di pusat pemindahan.

“Kita nak supaya masyarakat ini boleh berdikari dan membantu agensi kita khususnya dari segi kebersihan terutama selepas makan dan menggunakan tandas yang tersedia di pusat pemindahan,” katanya.

Dalam pada itu, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, beliau berharap latihan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia mampu memberi nilai tambah selain pendedahan berkaitan bencana alam.

“Kita juga berharap input berkaitan perkara ini dapat dijadikan sebagai panduan dan pengetahuan kepada pihak terlibat untuk membantu mangsa selain mengajar masyarakat untuk mempraktikkannya,” kata beliau.

Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana

Ketua Penolong Pengarah Kanan NADMA, Kol Mohd Sakri Hussin ketika menyampaikan taklimat pada latihan tersebut.
Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana Pengarah Risiko Bencana Amalan Peringkat Komuniti Jepun, Prof. Emiritus Dr Shoheu Matsuura ketika menyampaikan taklimat dalam latihan yang dianjurkan.
Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman tekun melihat aplikasi yang dibangunkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut hadir dalam Latihan Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Perak 2019 yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Perak 2019 Beri Pendedahan Kepada Agensi Terlibat Untuk Menangani Bencana YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama para peserta yang menyertai program Latihan Pengurusan Bencana Negeri Perak 2019.

Sumber : Korporat, SUK Perak.