DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 : 16 April 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tekun mendengar Titah Diraja yang disampaikan DYMM Paduka Seri Sultan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IPOH, 16 APRIL 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan

Istiadat pembukaan berkenaan bermula sebaik sahaja baginda berangkat tiba kira-kira jam 9.30 pagi bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak dengan iringan Pancaragam Polis Di Raja Malaysia Cawangan Kedah.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

Selesai istiadat berkenaan, baginda diiringi ke Bilik Diraja sebelum ke Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Baginda memulakan titah ucapan pembukaan mesyuarat pertama jam 10.10 pagi dengan mengupas pelbagai aspek di peringkat negeri dan global.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak berlangsung selama enam hari bermula 16 hingga 23 April ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum melakukan kawalan kehormat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Ke-14.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Ke-14.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Ke-14.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan Titah Diraja kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah beramah mesra dengan pegawai tinggi kerajaan negeri sebelum baginda berangkat pulang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.