39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman : 29 Mei 2019

39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para pemain skuad liga super Perak yang dalam majlis yang berlangsung.

IPOH, 29 MEI 2019 - Seramai 39 pemain dan pegawai skuad liga super Perak menerima lot tapak kediaman di mukim Hulu Kinta susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, insentif itu merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai jasa mereka dalam membawa pulang piala berkenaan selepas kejayaan kali terakhir pada tahun 2000.

"Pihak berkuasa negeri melalui Perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Mei lalu telah meluluskan satu lot tapak kediaman kepada mereka yang terlibat. 

"Dengan itu, apa yang kita telah janjikan kepada pemain yang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun lalu, janji itu telah tercapai," ujar beliau ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bola Sepak Perak di Laman Seri Ridzuan. 

Untuk rekod, Perak berjaya menggondol Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu. 

Beliau berkata, pihaknya juga berharap setiap pemain akan berusaha bersungguh-sungguh khususnya dalam memperbaiki kedudukan skuad The Bos Gaurus dalam liga super pada musim ini. 

"Saya agak kecewa dengan reputasi kita selaku juara Piala Malaysia pada tahun lalu, kita agak tertekan pada musim ini dalam mengharungi liga super. Saya harap para pemain akan berusaha bersungguh-sungguh sekaligus memenangi baki perlawanan perlu diharungi," ujar beliau. 

Sementara itu, pengurus pasukan, Dato' Adly Shah Bin Ahmad Tah berkata, insentif itu merupakan hadiah istimewa kepada pasukan selepas kejayaan membawa pulang piala yang dianggap amat berprestij di mata para peminat bola sepak Malaysia. 

Beliau berkata, ia juga menyuntik semangat para pemain untuk berusaha dengan lebih cemerlang dalam mengharumkan nama Perak dalam arena bola sepak tanah air.

39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para pemain skuad Piala Belia Perak.
39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan salah seorang pemain skuad Piala Presiden Perak dalam majlis yang berlangsung.
39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman Semua pemain dan para pegawai pasukan skuad liga super Perak yang menerima surat tawaran lot kediaman di Mukim Hulu Kinta.
39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama skuad Futsal Perak dalam majlis tersebut.
39 Pemain Dan Pegawai Pasukan Bola Sepak Perak Terima Lot Tapak Kediaman Pemain Perak, Khairul Asyraf Sahizah menerima surat tawaran lot kediaman daripada YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu susulan kejayaan The Bos Gaurus menjulang Piala Malaysia 2018.

Sumber : Korporat, SUK Perak.