Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO : 29 Jun 2019

Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO

Kumpulan MPO ketika melakukan persembahan sempena Siri Konsert Jelajah MPO.

IPOH, 29 JUN 2019 - DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Siri Konsert Jelajah Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) ke Utara Semenanjung Malaysia di Auditorium PERAKfm, Jabatan Penyiaran Malaysia.

Turut berangkat DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Konsert yang berlangsung kira-kira dua jam itu mempersembahkan seleksi lagu klasikal agung seperti Academic Festival Overture ciptaan Brahms, Piano Concerto No.1 (ciptaan Tchaikovsky) dan Overture to Candide (ciptaan Bernstein).

Selain itu, konsert yang dipimpin oleh Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga berkenaan turut menampilkan karya tempatan seperti Tunggu Sekejap, Cindai, Tanah Pusaka dan Putera Puteri. 

Ke semua lagu dipilih adalah khusus untuk memberi kepuasan simfoni yang maksimum kepada para penonton.

Siri Konsert Jelajah MPO ke Utara Semenanjung Malaysia seterusnya akan berlangsung di Pulau Pinang pada 2 Julai ini.

Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan beramah mesra dengan peserta yang terlibat.
Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Siri Konsert Jelajah MPO.
Raja Muda Perak Berangkat Ke Siri Konsert Jelajah MPO DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama tetamu yang hadir pada Siri Konsert Jelajah MPO.

Sumber : Korporat, SUK Perak.