DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan SESTA : 14 Oktober 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan SESTA

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melihat model Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

TAPAH, 14 OKTOBER 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah; DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Dato' Mohammed Radzi. 

YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Bin Malik dalam ucapannya berkata SESTA merupakan sekolah bertaraf asrama penuh yang mempunyai keluasan 30 hektar dan dilengkapi dengan lima bangunan tiga tingkat, 30 bilik darjah, dua blok asrama, dewan dan kemudahan asas lain dengan kos pembinaan lebih RM38 juta.

"Kerja-kerja pembinaan sekolah ini mula dilaksanakan pada 12 Oktober 2006 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2009 untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 23 Oktober 2009," kata beliau.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh YBrs Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim.

Sepanjang 10 tahun pembukaannya, banyak kejayaan pelbagai peringkat berjaya dicapai dalam bidang akademik, keseluruhan pengembangan potensi dan bakat murid.

Antara kejayaannya ialah Anugerah Khas Emas dalam Japan Design and Invention Expo 2019, Anugerah Emas dalam International Conference of Young Scientist 2019 dan Anugerah Emas dalam 8th Malaysia International Young Inventors Olympiad.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan SESTA DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan SESTA DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan merasmikan Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan SESTA Persembahan semasa Perasmian Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

Sumber : Korporat, SUK Perak.