Penjawat Awam Perlu Sedia Hadapi Perubahan Dan Penambahbaikan Sistem Kerja Sedia Ada . : 2 April 2021
YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Penghargaan Pesara Tahun 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
IPOH, 2 April 2021 - Bagi menghadapi norma baharu dan ekosistem pembangunan negara yang kian mencabar ini, penjawat awam memainkan peranan besar dan perlu sentiasa bersedia untuk mendepani perubahan dan penambahbaikan sistem kerja sedia ada.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, menyambut seruan aspirasi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, penjawat awam perlu bersama-sama berubah dan mengubah perkhidmatan awam kepada perkhidmatan yang dihormati, disegani, diteladani kerana kepantasan perkhidmatannya, integritinya dan profesionalisme.
“Ini juga seiring dengan hasrat YAB Menteri Besar Perak untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui tiga pendekatan yang perlu diterapkan.
“Yang pertama ialah pasang telinga buka mata supaya kita lebih peka dengan masalah dan mengambil tindakan awal, seterusnya, turun padang, atur langkah penyelesaian dan dengan cara ini kita akan dapat mendekati rakyat dengan lebih proaktif serta mengenal pasti masalah atau keperluan rakyat dari semasa ke semasa dan yang terakhir iaitu bersama berganding bahu sebagai contoh jalinan kerjasama strategik antara jabatan kerajaan, pihak swasta dan NGO. Sesungguhnya jalinan kerjasama ini amat penting supaya idea penambah baikan sistem kerja dapat digarap dengan lebih meluas lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020, Penghargaan Pesara Tahun 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Perak di Perak Royal Golf Club, di sini.
Hadir sama, YBhg. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Mohd Ridza bin Awang dan YBhg. Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Dato’Mohamed Zin bin Yusop.
Jelas YB Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim lagi, Kerajaan Negeri Perak komited dalam mencapai visi Perak Makmur, Rakyat Sejahtera dengan melancarkan Roadmap Pelan Pembangunan Negeri Perak Sejahtera 2030.
“Roadmap ini merupakan rancangan penyediaan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang mengandungi empat fasa dan dijangka selesai pada fasa keempat yang dijadualkan sekitar November 2021 sehingga Februari 2022.
“Pelan ini mempunyai lima teras strategik iaitu keseimbangan pembangunan fizikal dan sosioekonomi; kerjasama pintar; kelestarian penggunaan sumber dan alam semulajadi; sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan ambil peduli dan kepakaran berkualiti dan bernilai tinggi.
“Kelima-lima teras strategi tersebut akan turut didukung oleh lima nilai bersama iaitu jujur, bijaksana, prihatin, kebersamaan dan tegas. Jadi bagi merealisasikan agenda ini, penjawat awam perlu menghayati pelan ini dan seterusnya sama-sama berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada kepada rakyat,” katanya.
Dalam majlis itu juga, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut melancarkan sistem online ‘Jompay’ Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Sistem tersebut adalah satu pendekatan baharu yang di ambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri bagi menyampaikan perkhidmatan secara efisien.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â