Perak Umum PRE Perak-Sejahtera 2021, Peruntuk RM 19.5 Juta.

YAB Menteri Besar Perak ketika sidang akhbar secara atas talian

IPOH, 2 Jun 2021 : Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 dengan peruntukkan berjumlah RM19.5 juta.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad berkata, Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 dilaksanakan bagi menghadapi impak pandemik COVID-19 termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi atau lockdown yang dilaksanakan selama dua minggu sehingga 14 Jun ini.

“PRE ini merangkumi lapan intipati antaranya pengecualian sewaan rancangan perumahan, moratorium pinjaman dan sewa beli perumahan dan pengecualian sewaan gerai dan bantuan one-off penjaja/peniaga kecil.

“Selain itu, ia juga akan membabitkan moratorium pinjaman pengajian tinggi Perak, penubuhan pusat penempatan gelandangan sementara di Kinta, sektor pelancongan, cukai tanah serta pertanian dan perikanan,” katanya selepas mengumumkan PRE Perak-Sejahtera 2021 di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Berikut merupakan intipati penuh berkenaan PRE Perak Sejahtera 2021:

A) Pengecualian Sewaan Rancangan Perumahan

  • Pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 melibatkan 24 penerima.
  • Pengecualian Bayaran Sewaan Program Perumahan Rakyat di bawah LPHP selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 41 penerima.

B) Moratorium Pinjaman dan Sewa Beli Perumahan

  • Moratorium bayaran balik pinjaman Rumah Harapan selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 69 penerima.
  • Moratorium bayaran balik pinjaman Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 443 penerima.
  • Moratorium bayaran sewa beli program Rancangan Perumahan Awam (RPA) selama satu (1) bulan bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 690 penerima.

C) Pengecualian sewaan gerai dan bantuan one-off Penjaja / Peniaga Kecil

  • Pengecualian sewaan gerai di bawah semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021, melibatkan 10,264 gerai dengan kos RM1,602,924.00.
  • Bantuan one-off RM300 kepada 47,226 penjaja dan peniaga kecil yang berlesen untuk memulakan perniagaan selepas tamat tempoh PKP 3.0. Bantuan ini akan disalurkan menerusi PBT yang berkaitan dengan peruntukan berjumlah RM14,167,800.00.

D) Moratorium Pinjaman Pengajian Tinggi Perak

  • Moratorium bayaran balik Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 228 pelajar.

E) Penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan Sementara di Kinta

  • Penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara di Kinta yang melibatkan kos sebanyak RM750,000.00.

F) Sektor Pelancongan

  • Pengecualian bayaran pembaharuan lesen hotel kepada 565 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan kos sebanyak RM448,048.38.
  • Bantuan khas one-off RM3,000 kepada Persatuan Hotel Malaysia Negeri Perak (MAH Perak) yang akan memberi manfaat kepada 80 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM240,000.00.
  • Bantuan khas one-off RM2,000 kepada Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) yang akan memberi manfaat kepada 35 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM70,000.00.
  • Bantuan khas one-off RM2,000 kepada pengurusan homestay yang akan memberi manfaat kepada 11 pengurusan homestay dengan perbelanjaan sebanyak RM22,000.00.
  • Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu bot pelancongan (Pulau Pangkor, Temenggor, Teluk Intan, Kuala Sepetang dan Kg. Dew Kelip-Kelip) yang akan memberi manfaat kepada 400 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM200,000.00.
  • Baucar Pelancongan #TravelPeraklah Fasa 4 kepada Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak  dan Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) dengan perbelanjaan sebanyak RM368,000.00.

G) Cukai Tanah

  • Pengecualian denda lewat diberikan mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 bagi semua hakmilik. Kutipan denda lewat tidak termasuk di dalam sasaran pelbagai hasil tanah melainkan setelah pembayaran tunggakan cukai tanah dibuat, maka pengiraan denda lewat tersebut akan dikira sebagai hasil-hasil lain.
  • Pemberian diskaun Tunggakan Cukai Tanah mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 seperti perincian berikut:-
    • 20% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan melebihi RM1,000,000.00 (bayaran sekaligus);
    • 15% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan antara RM500,000.00 hingga RM999,999.00 (bayaran sekaligus); dan
    • 10% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan di bawah RM500,000.00 (bayaran sekaligus).
  • Pemberian Diskaun Strata (Cukai Petak) Bagi Kategori Perniagaan sebanyak 20% untuk bayaran cukai petak bagi tahun semasa melibatkan 9,051 petak bagi kategori perniagaan sahaja mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021.
  • Selain daripada cukai tanah dan tunggakan cukai tanah, urusan-urusan berkaitan tanah juga seperti urusan pindahmilik, gadaian, melepas gadaian dan lain-lain perserahan di kaunter juga turut terkesan dalam tempoh PKPD yang melibatkan tempoh masa. Antara cadangan bagi memudahkan dan meringankan beban rakyat untuk berurusan berkaitan tanah adalah seperti berikut:-
    • Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga bagi mana-mana perserahan yang tamat semasa tempoh PKPD dikuatkuasakan.
    • Pelanjutan tempoh Notis 5A dan 7G Kanun Tanah Negara 1965 (jika tamat dalam tempoh PKPD) secara automatik selama satu (1) bulan dari tarikh PKPD ditamatkan dan pengecualian fi permohonan.
    • Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKPD dan diberi lanjutan satu (1) bulan untuk membuat bayaran.
    • Pelanjutan tempoh kelulusan satu (1) bulan bagi surat kebenaran pindahmilik / gadaian / Pajakan yang tamat dalam tempoh PKPD.

H) Pertanian dan Perikanan

  • Program Khas Tani Pasca COVID-19 merangkumi bahan-bahan input ladang sebanyak RM3,000.00 yang akan memberi manfaat kepada 120 petani dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM360,000.00.
  • Pembelian hasil-hasil pertanian daripada golongan petani atau pekebun kecil yang terjejas. Inisiatif ini melibatkan dana sebanyak RM300,000.00
  • Program Perikanan Bandar dengan melibatkan sejumlah dana RM309,940.00 meliputi pemberian bantuan benih, input makanan, kabin dan aksesori, program pembangunan modal insan peserta dan pensijilan amalan akuakultur baik myGAP.
  • Bantuan peralatan aktiviti penuaian hasil projek dengan kos sebanyak RM115,800.00. Melalui bantuan ini dapat mempercepatkan proses penuaian hasil.
  • Bantuan kotak makanan kepada nelayan darat yang melibatkan sebanyak 700 nelayan darat yang terjejas dengan bantuan bernilai RM100.00 seorang dengan keseluruhan RM70,000.00.
  • Input ternakan benih dan makanan ikan kepada penternak kecil dengan kos sebanyak RM180,000.00 melibatkan 90 penternak.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada lapan lagi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi tujuan penyediaan bantuan makanan keperluan kepada golongan yang terjejas sepanjang lockdown.

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi daerah PDT Manjung dan masing-masing RM200,000 untuk PDT Kerian, Batang Padang, Hilir Perak, Selama, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Kampar, manakala RM200,000 lagi adalah peruntukan tambahan kepada PDT Hulu Perak.

“Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan penyaluran bantuan sebanyak RM1.2 juta kepada empat PDT yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD iaitu PDT Kinta (RM400,000) dan masing-masing RM200,000 untuk PDT Hulu Perak, Larut Matang dan Selama serta Muallim,” katanya lagi.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Wednesday 24 April 2024, 07:24:24.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >>
Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
QR Code
qrms

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Data Terbuka
Data Terbuka Bagi Tahun 2022
# SET DATA
1. Kes-Kes Lembaga Rayuan Negeri Perak Plan Malaysia
2. Lokasi Penginapan Di Negeri Perak
3. Kadar Bayaran Salinan Digital Rancangan Pemajuan Plan Malaysia
4. Guru Agama Dakwah Jabatan Agama Islam Perak
5. Garis Panduan Perancangan (GPP) Yang Diterima Pakai Oleh Negeri Perak
6. Statistik Gunatanah Negeri Perak Plan Malaysia
7. Senarai Pengredan Premis Makanan PBT Negeri Perak
8. Senarai Pasar Awam, Pasar Sehari, Pasar Malam, Pasar Lambak Dan Pasar Tani Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Senarai Alamat Pejabat JPS Perak
10. Status Pewartaan Rancangan Pemajuan Negeri Perak Oleh Plan Malaysia

 

Data Terbuka Bagi Tahun 2021
# SET DATA
1. Maklumat Permohonan Iklan Jawatan Kosong SPA Perak
2. Senarai YB Pegawai Kewangan Negeri
3. Penyata Akaun Hasil Disatukan
4. Nama Sungai-Sungai Di Negeri Perak
5. Senarai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Negeri Perak
6. Penolong Pendaftar Nikah Negeri Perak
7. Senarai Lesen Penginapan, Hotel Yang Berdaftar Dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak
8. Statistik Pegawai Yang Mempunyai Kelayakan Profesional (Ir, Ar, Sr) Jabatan Kerja Raya Perak
9. Senarai Tempat Pelancongan Di Negeri Perak
10. Senarai Pemungut Derma Kelulusan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
11. Penerima Kad Perak Prihatin Mengikut Daerah
12. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Gred Jawatan
13. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Bulan Dan Negara
14. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Jenis Lawatan

 

Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
Open Data
Open Data 2021
# DATA SET
1. Information on Applications for Perak PSC Job Vacancy Advertisements
2. List of State Financial Officers
3. Consolidated Revenue Account Statements
4. Names of Rivers in Perak
5. List of Perak People's Housing Projects (PPR)
6. Perak State Assistant Registrar of Marriages
7. List of Licensed Accommodations, Hotels Registered with the Perak Local Authorities (PBTs)
8. Statistics of Public Works Department Officers with Professional Qualifications (Ir, Ar, Sr)
9. List of Tourist Attractions in Perak
10. List of Donation Collectors Approved by the Perak Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPk)
11. Perak Prihatin Card Recipients According to Districts.
12. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Post Grade
13. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Month and Country
14. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Types of Visit

 

Open Data 2020
# DATA SET
1. PLANMalaysia@Perak List of Methods and Enactments
2. Planning Guidelines (GPP) and Planning Standards (PP) in Perak
3. Payment Rate for Search and Supply of Perak Geospatial Information - GIS
4. Perak Livestock Census
5. List of Water-Gates in Perak
6. List of Telemetry Stations in Perak
7. List of Pump Houses in Perak
8. List of Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Wakaf Cemetery Land
9. List of Agriculture Training Centres
10. List of District and Area Agriculture Offices
11. List Of Perak State Sports Training Centres
12. Statistics Of Local Authority Councillors
13. List Of Perak State Award Recipients
14. Address Of Perak State Public Library Corporation
15. Rumah Perakku Development Data
16. Perak Halal Hotel And Resort Premises
17. List Of Perak State Sports Associations

 

Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey

 

Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive

Â