Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Bersama Delegasi Ke Bangunan Perak Darul Ridzuan : 1 April 2024

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Bersama Delegasi Ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Perjumpaan diakhiri dengan pertukaran cenderamata oleh kedua-dua pihak

IPOH, 1 April 2024 - Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi bersama delegasinya telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, petang ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.

Hadir bersama beliau adalah Pengarah Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara(JAN), Encik Mohd Serjana bin Ibrahim dan YBrs. Pengarah Audit Negeri Perak, Puan Selwah binti Haji Said.

Sebaik tiba, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Pengauditan Prestasi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Daerah Kinta.

Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato' Haji Rumaizi bin Baharin@Md Daud; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Mufidah binti Mahfodz dan Penolong Pengarah, Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Zuriati binti Zainal.

Seterusnya, mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim yang mengalu-alukan kehadiran beliau ke negeri Perak.

Perjumpaan diakhiri dengan pertukaran cenderamata oleh kedua-dua pihak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.