DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Perak : 1 April 2024

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Perak.

YAB Menteri Besar Perak ketika Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Perak

GERIK, 1 April 2024 - DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Perak di Masjid Al-Amin, Kampung Jong, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada majlis tersebut telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Salbiah binti Mohamed; YB Ahli Dewan Negeri kawasan Pengkalan Hulu, Tuan Mohamad Amin bin Roslan; YB Ahli Parlimen kawasan Gerik, Tuan Fathul Huzir bin Ayob; YDH. Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato' Ar.LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi; YBrs. Pegawai Daerah Hulu Perak, Encik Mohd Zairasyahli Shah bin Zakaria serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Pada majlis tersebut, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan berbuka puasa bersama jemaah yang hadir dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak serta solat Tarawih.

Sumber : Korporat, SUK Perak.