Kerajaan Negeri Terima Sumbangan Pasca Banjir : 21 Januari 2015

sumbangan
Wakil-wakil agensi yang memberi sumbangan bergambar bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir dan barisan pimpinan kerajaan negeri.

Ipoh, 21 Januari 2015 - Kerajaan Negeri Perak menerima bantuan pasca banjir daripada empat agensi berjumlah RM 705,000.00 yang disampaikan kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Empat agensi yang memberikan sumbangan ialah Lembaga Air Perak (LAP) yang diwakili Pengurus Besar LAP, YBhg. Dato Yusuf bin Mohd Isa dengan sumbangan berjumlah RM 500,000.00, Malayan Flour Mills Berhad yang diwakili Pengerusi nya, Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Ayub dengan sumbangan berjumlah RM100,000.00, dan Ladang Moccis Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusan, Encik Ashran bin Haji Idris pula telah menyumbangkan bantuan sebanyak RM 30,000. Manakala Kamdar Group (M) Berhad yang diwakili Pengarah Urusan, Encik Kamal Kamdar pula menyumbangkan RM 75,000.00 berupa kelengkapan rumah dan peralatan sekolah.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir ketika sidang media berkata, Kerajaan Perak telah mengenal pasti terdapat kira-kira 26 rumah penduduk yang perlu dibina semula selepas kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang telah melanda Perak sebelum ini.

Menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir berkata, sehingga kini jumlah mangsa banjir yang terlibat membabitkan kira-kira 6,000 mangsa dengan anggaran 1,700 keluarga.

YAB Menteri Besar Perak berkata, kerajaan negeri turut memberi bantuan wang tunai RM500.00 kepada setiap keluarga mangsa banjir di negeri itu.

“Keputusan telah pun dibuat, iaitu pihak kerajaan persekutuan telah memberi bantuan sebanyak RM 500.00 dan Kerajaan Negeri Perak akan menambah RM500.00 lagi. Jadi untuk mangsa di Negeri Perak mereka akan menerima sebanyak RM 1,000.00 untuk setiap keluarga.”

Turut hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali bin Jalal, Barisan EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya, YBhg. Dato’ Ismail bin Saffian.

banjir Pengarah Urusan Kamdar Group, Encik Ashran bin Haji Idris menyumbangkan RM 75,000.00 berupa kelengkapan rumah dan peralatan sekolah.
banjir Pengarah Urusan Ladang Moccis Sdn Bhd, Encik Ashran bin Haji Idris menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir di Perak sebanyak RM 30,000.00
banjir Pengurus Besar LAP, YBhg. Dato Yusuf bin Mohd Isa menyampaikan sumbangan berjumlah RM 500,000.00 pada Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
banjir Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Ayub dari Malayan Flour Mills Berhad menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000.00

Sumber: Korporat, SUK Perak.