Majlis Penyerahan Menti Kepada Mentor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Mac 2015 : 10 Mac 2015

menti
Gimik Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Razali bin Othman dan Setiausaha Bahagian, Mentor dan Menti.

IPOH, 10 MAC 2015 - “Program ini mudah kerana program ini merupakan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memudahkan proses kerja supaya dapat mengurangkan kesilapan semasa melakukan sesuatu kerja”, kata YBhg. Dato’ Haji Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) dalam ucapannya di Perasmian Majlis Penyerahan Menti Kepada Mentor di Dewan Jamuan ADUN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Seramai lebih 20 penjawat awam telah menyertai program pementoran ini yang terdiri daripada pelbagai Unit di Bahagian Pejabat SUK Perak. Dengan berkonsepkan Pemantauan, Penilaian dan Pementoran ini, penjawat awam yang terlibat akan di beri tempoh selama 6 bulan bersama mentor dan menti mereka bagi meningkatkan lagi kompetasi teras iaitu kompetasi professional, personal, budaya dan sosial dalam memberi kesan yang lebih positif kepada mentor dan menti seterusnya warga dalam sesebuah organisasi.

 

Antara matlamat daripada program ini adalah untuk menilai hasil dari perhubungan pementoran dengan meniliti secara dalaman. Selain itu juga program pementoran ini merupakan program kecil pembelajaran tambahan dalam organisasi dan sebarang kejayaan boleh dianggap sebagai bonus kerana telah mewujudkan budaya pembelajaran dalam organisasi.

Turut hadir dalam taklimat pementoran ini ialah Pn Afzatul Amirah bt Mohd Tamin, Penolong Pegawai Senibina Majlis Daerah Tanjung Malim untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang mentor yang berjaya dalam program ini.

Majlis penutup disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) bersama sesi penyerahan menti kepada mentor masing-masing.

menti Para peserta berikrar selepas sesi penyerahan Mentor dan Menti.
menti Penyerahan Mentor kepada Menti oleh YB. Dato' Haji Razali bin Othman.
kaderisasi Pn Afzatul Amirah bt Mohd Tamin dari Majlis Daerah Tg Malim berkongsi pengalaman  kepada peserta.
menti YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman dalam sesi penyerahan Menti kepada Mentor.
menti YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dalam ucapan Perasmian Majlis Penyerahan Menti kepada Mentor.

Sumber: Korporat, SUK Perak.