Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016 : 21 Jun 2016

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyerahkan bubur lambuk kepada YAB Menteri Besar Perak.

IPOH, 21 JUN 2016 - Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), telah mengedarkan sebanyak 3000 bekas bubur lambuk kepada warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan termasuk Lembaga Muzium Negeri Perak dan Majlis Sukan Negeri serta 13 jabatan-jabatan sekitar seperti Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Lembaga Air Perak, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Kementerian Pelancongan, Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan.

Majlis penyerahan bubur lambuk disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, EXCO Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Terdahulu, sebelum majlis penyerahan bubur lambuk, warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan telah bergotong-royong seawal jam 8.00 pagi bagi menyediakan dan memasak sebanyak sepuluh periuk bubur lambuk di perkarangan parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan sebelum diisi ke dalam kotak plastik untuk diagihkan.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir memberi ucapan ketika majlis penyerahan bubur lambuk di Dewan Serbaguna SUK Perak.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016

Warga bagunan Perak Darul Ridzuan bergotong royong memasak bubur lambuk seawal jam 8.00 pagi di perkarangan parkir bas, SUK Perak.

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016

Selain bubur lambuk, warga Bangunan Perak Darul Ridzuan turut memasak sambal ikan bilis untuk diedarkan bersama bubur lambuk.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016 Proses memasukkan bubur lambuk yang telah siap dimasak ke dalam bekas.
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2016 Pek Khas bubur lambuk untuk tetamu VIP dan ketua-ketua jabatan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.