Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak : 8 Oktober 2016

Hari Sukan Negara
Ikon Belia Negeri Perak menerima piala serta mock check yang disampaikan YAB Menteri Besar Perak.

MANJUNG, 8 OKTOBER 2016 - Hari Sukan Negara peringkat Negeri Perak disambut meriah dengan penglibatan kira-kira 8,000 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat yang membanjiri Stadium Majlis Perbandaran Manjung seawal jam 6.30 pagi.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir turut hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi merasmikan dan menjayakan program tersebut.

Turut hadir memeriahkan sambutan program, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Shahrul Zaman Yahya.

Pelbagai acara sukan diadakan sempena Hari Sukan Negara peringkat Negeri Perak seperti berjalan kaki, kayuhan 30 kilometer, larian lima kilometer, aerobik, seni mempertahankan diri, bola sepak, bola jaring, hoki dan boling padang.

Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak turut menyampaikan beberapa anugerah termasuk Anugerah Hari Sukan Negara Perak 2016, dan Anugerah Ikon Belia Negeri Perak.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara YB Menteri Besar Perak menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Penggerak Sukan Negeri Perak.
Hari Sukan Negara YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan turut mengambil bahagian dalam acara senam aerobik.
Hari Sukan Negara YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam acara kayuhan sejauh 30 KM mengelilingi Manjung.
Hari Sukan Negara Pasukan Ragbi Perak yang menjuarai kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-34 turut dijemput hadir sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.