Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun DYMM Paduka Seri Sultan Perak : 5 November 2016

Istiadat Penganugerahan
DYMM Sultan Perak bertitah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda

KUALA KANGSAR, 5 NOVEMBER 2016 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat-pingat negeri kepada 333 orang penerima bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 November 2016.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan berlangsung di Balairung Seri, Istana Iskadariah disempurnakan oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut berangkat ke istiadat pengurniaan, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Terdahulu sebelum berlangsungnya Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan, telah diadakan Istiadat Menghadap Sembah dan Taat Setia oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa mewakili pihak raja-raja dan Orang Besar Negeri Perak.

Istiadat Menghadap Sembah dan Taat Setia diteruskan dengan ucapan daripada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, mewakili kerajaan negeri dan rakyat Negeri Perak.

Selesai Istiadat Menghadap Sembah dan Taat Setia, Toh Raja DiRaja, Kol (B) Dato’ Abd Rahim Bin Mohd Nor, Dato Pengelola Bijaya DiRaja, kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak mengadap membawa masuk titah DiRaja DYMM Sultan Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Pada tahun ini bekas Ketua Polis Negara, YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar mendahului senarai 333 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (S.P.S.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri DiRaja dan beliau merupakan penerima tunggal anugerah berkenaan.

DYMM Sultan Perak turut mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) kepada YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan. Darjah kebesaran peringkat pertama ini membawa gelaran Dato’ Seri kepada penerima.

Turut dikurniakan Darjah Kebesaran S.P.M.P ialah YBhg. Ahli Dewan Negara Perak, Dato’ Zainal Adzam Bin Abd Ghani serta YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin.

Sementara itu, YBhg. Panglima Armada Markas Pemerintah Armada, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan Bin Mohamad Ramli dikurniakan Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S) yang membawa gelaran Dato’Seri Panglima, manakala YB Pegawai Kewangan Negeri Perak,  Dato’ Mohd Gazali Bin Jalal dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M) yang membawa gelaran Dato’.

Dalam pada itu, 23 individu dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato’, termasuk tokoh agama iaitu,  Allahyarham Abu Bakar Al-Baqir yang disampaikan secara Anumerta kepada  warisnya, Puan Anigan Rusda Binti Abu Bakar.

Turut menerima penganugerahan sama, YBhg. Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya Prof Adeeba Binti Kamarulzaman; Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Faizul Arby Mohd Shohor;YB Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali; Lean Ah Too; Pegawai Khas kepada Menteri Besar YBrs. Dr Azizah Johor; YB Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohammad Kamil Shaffie, Beh Chiew Ning, Shahul Hamid Bin Mydin Shah.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Jamal Mohd Aris; Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa’ari  Bin Mohd Yazid; Pengarah Pendidikan Perak, Rozi Puteh Ismail; Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Tuan  Kamaruddin Bin Awang; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Tuan Shahrom Bin Abd Malik dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Tuan Jamilol Nasir Saad.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Amiruddin Bin Ariffin; Ahli Lembaga Universiti Sultan Azlan Shah Berhad,  Mustafa Bin Mohd Nor; Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group Holding Bhd, Hamidah Binti Naziadin; Toh Muda Orang Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Meor Roslan Bin Meor Ahmad Rashidi;  Orang Besar Jajahan Hulu Perak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dr Amirudin Bin Abdul Wahab;  Ketua Jabatan Otorinolaringologi, Prof  Dr Prepageran Narayanan;  Peguambela dan Peguamcara,  Ang Saik Hoon dan Pengurus Besar Tenaga Nasional Bhd (TNB) Perak Raja Abd Jalil Bin Raja Zaid.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan kepada empat penerima iaitu Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Hasnan Bin Hassan, Pengarah Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja, Brig Jen Ahmad Nasir Bin Abd Rahman, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brig.Jen. Dr. Md Amin Bin Muslan dan Komander ATB 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kem Kukusan Tawau, Laksamana Pertama Syed Zahrul Putra Bin Syed Abdullah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mikhail Raj Abdullah adalah antara 21 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P).

Penerjun negara kelahiran Perak yang merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, Cheong Jun Hoong adalah antara 87 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P).

Selain itu, tiga individu menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M), sembilan Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (A.C.M), 88 menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), 88 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan empat lagi Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P).

Istiadat penganugerahan PCM, PMP, ACM, AMP, PPT, PJK dan PLP akan diadakan pada 12 November ini.

Istiadat Penganugerahan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja 2 Divisyen, Taiping Perak.
Istiadat Penganugerahan DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa bertitah mewakili pihak raja-raja dan Orang Besar Negeri Perak.
Istiadat Penganugerahan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir memberi ucapan mewakili kerajaan negeri dan rakyat Negeri Perak.
Istiadat Penganugerahan YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (S.P.S.N) yang membawa gelaran Dato' Seri DiRaja.
Istiadat Penganugerahan YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Mohd Gazali Bin Jalal dikurniakan Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M).

Sumber : Korporat, SUK Perak.