Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih : 31 Mac 2017

Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir  dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bergambar bersama kanak-kanak yang turut serta menjayakan Kempen Perak Yang Bersih.

IPOH, 31 MAC 2017 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir hari ini melancarkan Kempen Perak Yang Bersih Peringkat Negeri Perak di Perkarangan Bangunan Ipoh Tourist Information Centre (ITIC), Padang Ipoh.

Majlis sama turut diadakan serentak di setiap daerah Negeri Perak melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir Menteri berkata Kempen Perak Yang Bersih ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk melihat sebuah negeri dan bandar raya yang bersih sepertimana yang ada di sesebuah negara luar.

“Biarlah apa orang nak kata, pengkritik nak kata, yang paling penting kita hendak menjadikan sebuah negeri yang bersih daripada sampah sarap. Bayangkan sebuah negeri yang bersih tentunya masalah-masalah seperti nyamuk aedes, dan lain-lain penyakit tentunya tidak akan berlaku.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran berkenaan.

Menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menjadikan Negeri Perak sebuah negeri yang bersih merupakan impian bagi kerajaan negeri dan Kempen Perak Yang Bersih merupakan permulaan bagi menggerakkan rakyat untuk menjaga kebersihan.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat di negeri Perak tanpa mengira fahaman politik agar bersatu bersama-sama memberi komitmen untuk memastikan Negeri Perak berada dalam keadaan yang bersih.

Turut serta bersama-sama YAB Menteri Besar Perak menjalankan aktiviti gotong-royong di sekitar bandar raya Ipoh sempena Kempen Perak Yang Bersih, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Hajah Rusnah binti Kassim dan YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato' Zamri Bin Man.

Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir  dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bergambar bersama peniaga di Medan Selera Dato' Sagor Ipoh.

Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih

Orang ramai yang hadir ke Perkarangan Bangunan Ipoh Tourist Information Centre (ITIC), Padang Ipoh sempena Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih Peringkat Negeri Perak.

Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih

YB Dato' Hajah Rusnah binti Kassim turut hadir ke Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih.

Majlis Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir mengutip sampah ketika aktiviti gotong-royong yang diadakan sekitar bandar raya Ipoh.

Sumber : Korporat, SUK Perak.