SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017 : 15 November 2017

SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melakukan gimik pelepasan atlet SUK Perak bagi temasya Sukan PBT Perak 2017.

IPOH, 15 NOVEMBER 2017 - SUK Perak menyasarkan untuk menjadi juara pada temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 17 November ini.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berkata, setiap atlet yang terpilih mewakili SUK Perak perlu menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi bagi merealisasikan sasaran tersebut.

“Bersedialah untuk satu perjuangan yang lebih sengit dan kalau jadi juara keseluruhan akan ada ganjaran istimewa yang akan menanti anda semua.

“Bagi saya, kita semua kena yakin dengan diri sendiri dan tiada yang mustahil untuk kita berjaya jika perkara itu kita utamakan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Atlet Sukan PBT Perak 2017 di Dewan Serbaguna Bangunan SUK Perak.

Hadir sama YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Nor Eni Binti Ismail.

Beliau berkata, dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan sepak takraw, bola sepak dan futsal dilihat mempunyai potensi untuk meraih kejuaraan.

Katanya, meskipun sedar dengan kehebatan lawan lain namun para atlet yang terlibat dalam tiga sukan itu perlu berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan SUK Perak berjaya mendakap kejuaraan.

“Saya harap cabaran sengit dapat diberikan dan pada masa yang sama kita mampu menjadi juara dalam tiga acara sukan itu,” katanya.

SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyarungkan pakaian yang akan dipakai atlet SUK Perak kepada Dato' Abu Bakar Bin Haji Said.

SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan  ketika berucap dalam majlis tersebut.

SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersama para atlet SUK Perak yang terlibat dalam Sukan PBT Perak 2017.

SUK Perak Sasar Kejuaraan Bagi Temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017

YB Dato' Seri Abdu; Puhat Bin Mat Nayan bersama sebahagian atlet SUK Perak yang terlibat dalam Sukan PBT Perak 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.