Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR : 21 Februari 2018

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan golongan berpendapatan rendah.

IPOH, 21 FEBRUARI 2018 - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyalahgunakan sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU).

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir berkata, ini kerana tindakan itu dianggap memalukan selain dilihat sengaja mencemarkan imej kerajaan negeri di mata umum. 

"Jika ada sesiapa menyalahgunakan pemberian ini, sila beri tahu kepada saya dan saya akan ambil tindakan.

"Perkara seumpama ini perlu diambil maklum kerana bantuan tersebut kita berikan khas hanya untuk golongan kurang berkemampuan,” ujar beliau ketika berucap dalam satu program di hadapan lebih 200 orang di Dewan Serbaguna Sri Desa Rishah Buntong 5. 

Dalam program sama, sebanyak 180 kotak bantuan makanan YBU telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan selain turut disampaikan bantuan pelajaran kepada 82 penerima daripada keluarga berpendapatan rendah berjumlah RM 15,300.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menitikberatkan kualiti makanan di dalam kotak tersebut dengan makanan yang berzat. 

"Kita pantau dan tidak sesekali membenarkan makanan yang diberikan itu tidak mempunyai zat apatah lagi telah melebihi tarikh luput," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan,  beliau turut menegaskan kerajaan negeri akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat pelbagai golongan walaupun ada pihak mempertikaikan gerak kerja yang dilaksanakan.

YAB Menteri Besar Perak berkata, kritikan merupakan lumrah dalam melaksanakan perkhidmatan dan ia tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada rakyat. 

"Sebagai pemimpin, kita kena laksanakan semua kerja yang telah diamanahkan. Oleh itu, selepas pilihan raya yang lalu, kita juga telah mulakan perbanyakan kerja turun di bawah dan bukan duduk sahaja di atas without understanding the reality on the ground," kata beliau.

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

YAB Menteri Besar Perak ketika berucap dalam program walkabout bersama masyarakat India di kawasan Buntong.

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

YAB Menteri Besar Perak beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan makanan YBUDR.

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir tekun memberikan penerangan kepada kaum India yang hadir dalam majlis berkenaan.

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

YAB Menteri Besar Perak ketika menyantuni salah seorang penerima sumbangan.

Tindakan Terhadap Pihak Salah Guna Kotak Bantuan Makanan YBUDR

 YAB Menteri Besar Perak menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang hadir dalam program tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.