The Official Portal of The Perak Government

Kursus Protokol Dan Adat Istiadat Diraja Perak.: 10 September 2020

Kursus Protokol Dan Adat Istiadat Diraja Perak.: 10 September 2020

Kedua-dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama para peserta.

IPOH, 10 September 2020 – Seramai 61 orang pegawai Pengurusan dan Profesional telah menghadiri Kursus Protokol dan Adat Istiadat DiRaja Perak yang berlangsung di Hotel Impiana, Ipoh.

Kursus anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai mengenai Protokol dan Adat Istiadat DiRaja Pera kepada semua pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Terbahagi kepada 3 sesi, YDH Toh Jana Pahlawan SAC Abu Bakar bin Romlee, Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak sebagai penceramah jemputan telah menerangkan perkara-perkara berkenaan adat istiadat, sistem Orang Besar Perak, Raja Bergelar, Orang Besar Jajahan, Dewan Negara serta protokol dan etika.

Selain itu, beliau turut menerangkan berkenaan cara mengangkat sembah, pakaian istiadat, pengendalian majlis, susunan keutamaan negeri, bahasa istana dan bahasa surat.

Hadir sama menyertai kursus adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Puan Nor Sham binti Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.

Sumber : Korporat, SUK Perak.