Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia : 3 Mei 2017

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

YB Menteri Besar Perak dan pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri yang dianugerahkan pangkat kehormat bergambar bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

IPOH, 3 MEI 2017 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas sumbangan serta sokongan padu beliau kepada agensi itu.

Majlis penganugerahan pemakaian pangkat kepada YAB Menteri Besar Perak itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sementara itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan turut menerima penganugerahan pangkat daripada JBPM apabila dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Turut dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat), YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Gazali Jalal, dan YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Rusnah Binti Kassim.

Manakala YB Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Majlis penganugerahan pingat ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 yang disambut pada 5 Mei 2017 di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, Perak.

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

YB Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh JBPM.

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

YB Dato' Rusnah Binti Kassim turut dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim.

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
<Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Ketua JBPM, menyempurnakan majlis penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Mohd Gazali Jalal.
<Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia YAB Menteri Besar Perak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berbual dan beramah mesra bersama Ketua Pengarah JBPM selepas selesai majlis.

Sumber : Korporat, SUK Perak.