Dasar Keselamatan Perlindungan

Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Dasar Keselamatan Perlindungan

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak beriltizam untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif melalui perlaksanaan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Bagi menjayakan dasar tersebut PSUK Negeri Perak komited untuk:

  1. Melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan menepati tahap penilaian risiko PSUK meliputi aspek-aspek berikut:
    1. Keselamatan Fizikal
    2. Keselamatan Rahsia Rasmi
    3. Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
    4. Keselamatan Peribadi
    5. Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)

  2. Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran keselamatan perlindungan mencukupi terhadap rahsia rasmi dan perkara rasmi menurut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88);

  3. Memastikan aspek keselamatan fizikal dipatuhi berasaskan kepada prinsip-prinsip keselamatan perlindungan bagi mencegah, mengesan melengahkan dan mengambil tindakan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat;

  4. Menjamin dan mengutamakan konsep keselamatan dan perlindungan ke atas semua asset ICT dan memastikan teknologi terkini digunakan untuk melindungi data dalam menghalang sebarang capaian oleh pihak luar;

  5. Memastikan aspek keselamatan peribadi terjamin sepenuhnya yang bertujuan memastikan warga PSUK dan mana-mana pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam sentiasa melindungi rahsia rasmi dan perkara rasmi mengikut dasar, prosedur undang-undang dan peraturan yang ditetapkan;

  6. Menyebarluas informasi mengenai Akta-akta, Dasar, Objektif, Prosedur Kerja, Peraturan dan Garis Panduan berkenaan Keselamatan Perlindungan serta maklumat berkaitan kepada warga PSUK; dan

  7. Untuk mengkaji semula dasar mengikut keperluan dari semasa ke semasa