Pelawaan Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan Dan Inovasi Thailand Tahun 2023

Pelawaan Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan Dan Inovasi Thailand Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda, Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan juga program pertukaran pelajar melalui Biasiswa “Thailand Scholarship Year 2023”.

Pelawaan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Biasiswa yang ditawarkan dan tarikh tutup permohonan adalah bergantung kepada jenis pengajian dan universiti yang dipohon. Butiran lanjut berhubung biasiswa yang ditawarkan boleh diperolehi menerusi laman sesawang berikut https://rb.gy/m0icdy