Kembali Ke Senarai Info Bahagian / Unit..

  1. Profil Bahagian
  2. Visi, Misi dan Objektif
  3. Fungsi
  4. Carta Bahagian

Bahagian Kerajaan Tempatan
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 05-2095000 samb. 5840
Faks: 05-2533969
Puan Mufidah Binti Mahfodz
Timbalan Pengarah Kanan
Bahagian Kerajaan Tempatan
 

VISI

Ke arah mewujudkan pentadbiran PBT yang berkualiti dan berdaya saing bagi mencapai objektif Perak Maju 2015.

MISI

1) Mewujudkan kesinambungan hubungan yang padu dan jelas di antara PBT, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
2) Pengembelingan pegawai dan kakitangan di dalam satu pasukan kerja yang bermatlamatkan kecemerlangan perkhidmatan.
3) Penyerapan dan penghayatan nilai-nilai murni di dalam persekitaran pekerjaan dan organisasi.

OBJEKTIF

  • Memantapkan penyertaan PBT dalam melaksanakan dasar dan undang-undang yang seragam sejajar dengan akta-akta dan undang-undang kecil kepada akta-akta yang berkaitan.
  • Memastikan PBT mengamalkan prinsip-prinsip 'Good Governance' yang melibatkan penyertaan Kerajaan, Awam dan Swasta di dalam proses membuat keputusan.
  • Memastikan PBT berkemampuan memberi perkhidmatan dan kemudahan yang cekap dan berkesan kepada penduduk tempatan untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan PBT melalui Pelaksanaan dasar, Program dan Peruntukan Kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  • Mengawal urusan kadaran PBT pada tahap yang efisyen dan sesuai mengikut keadaan semasa selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
  • Mengawal selia dan memperkemaskan pengurusan kewangan PBT dari sudut pendapatan, perbelanjaan, aset, kecairan, pelaburan dan pinjaman.
  • Merancang dan membangunkan sumber tenaga manusia PBT mengikut keperluan semasa sejajar dengan dasar-dasar kerajaan.
  • Mengurus dan menentukan dasar pelaksanaan berkenaan lesen pelelong, permit menggali kubur, kedai tuak dan lesen hiburan.

FUNGSI

  • Membantu membimbing dan menggalakan PBT dalam merancang, mengawal dan melaksanakan program-program sosioekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan;
  • Membantu PBT dalam usaha mewujudkan organisasi Kerajaan Tempatan yang cekap dan berdaya saing dari segi pengurusan dan kewangan agar mereka dapat menyedia dan memberi perkhidmatan yang terkini, tersusun dan bermutu;
  • Memastikan PBT dapat memainkan peranan yang aktif dan berkesan dalam pembangunan kawasan bandar dan luar bandar dalam kawasan PBT melalui pelaksanaan projek-projek prasarana, perniagaan dan industri;
  • Membantu dan menyelaras PBT agar dapat memainkan peranan sebagai unit pentadbiran kerajaan yang berkesan dengan melibatkan penyertaan rakyat tempatan dalam hal ehwal tempatan;
  • Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain dalam hal berkaitan dengan dasar dan pentadbiran Kerajaan Tempatan.


Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.

.