SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan : 28 September 2018

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

YBrs, Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan melakukan gimik pelepasan kepada kontinjen SUK Perak yang bertanding di SUKSEM Kelantan.

IPOH, 28 SEPTEMBER 2018 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak mensasarkan mengutip dua pingat emas dalam temasya Sukan Se­tiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM) Kali Ke-7 yang berlangsung di Kelantan pada 30 September hingga 5 Oktober depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan berkata, antara sukan yang dilihat berpotensi menggapai pingat emas adalah bola sepak, badminton, ping pong dan bola jaring.

“Saya rasa sukan-sukan tersebut mampu menyumbang emas sepertimana rekod sebelum ini yang menunjukkan kita pernah raih pingat walaupun gangsa.

“Apa pun saya harap ke semua atlet yang mewakili SUK Perak dalam SUKSEM ini akan mempamerkan semangat juang yang tinggi sekali gus membawa pulang emas seperti disasarkan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Atlet di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Katanya, beliau turut berharap setiap atlet menjaga tingkah laku dan keselamatan diri agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Jaga disiplin, jaga tingkah laku, jaga keselamatan diri kecederaan terutamanya. Ini semua penting kerana kita nak elak daripada berlaku sebarang perkara di luar dugaan,” kata beliau.

SUKSEM merupakan kejohanan sukan khusus untuk penjawat awam yang mempertandingkan lapan acara iaitu bola sepak, badminton, sepak takraw, bola ja­ring, bola tampar, ping-pong, golf dan dart.

Pada SUKSEM yang berlangsung di Johor dua tahun lalu, SUK Perak menduduki tempat keempat keseluruhan dengan pencapaian satu emas, satu perak dan satu gangsa.

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

Ketua Kontinjen SUK Perak, Tuan Hj Ahmad Roslan Bin Mohamed Nazir menyarungkan jaket sukan sebagai gimik majlis kepada YBrs Tuan Zulazan Bin Abu Hassan.

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyarungkan pakaian sukan kepada Pengurus sepak takraw SUK Perak, Encik Syamsul Istar Bin Ibrahim Istar dalam majlis tersebut.

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyampaikan cenderahati kepada pengurus pasukan bola jaring SUK Perak, Puan Rozalinawati Binti Che Roslee.

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyerahkan bendera Perak kepada Ketua Kontinjen SUK Perak, Tuan Hj Ahmad Roslan Bin Mohamed Nazir.

SUK Perak Sasar Dua Emas SUKSEM Di Kelantan

YBrs Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan bersama para atlet SUK Perak yang bertanding di SUKSEM Kelantan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 26 November 2020, 18:25:53.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive