10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus : 26 Januari 2019

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika sesi pelancaran jersi pasukan bola sepak Perak.

IPOH, 26 JANUARI 2019 - Lebih 10,000 penyokong setia pasukan The Bos Gaurus hadir menyaksikan Pelancaran Kit Pasukan Liga Super Perak Musim 2019/2020 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, di Dataran Bandaraya Ipoh.

Pelancaran penuh meriah itu menyaksikan dua jersi baharu pasukan Juara Piala

Malaysia itu yang ditaja Umbro dilancarkan dengan jersi pertama berwarna kuning, putih, hitam untuk perlawanan di gelanggang tuan rumah manakala jersi kedua yang berwarna hitam, kuning, putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.

Lebih unik, jersi pasukan The Bos Gaurus kali ini turut memaparkan perkataan ‘Quit Smoking’ dan ‘Save Water’ sebagai langkah menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini dan penjimatan air.

Selain pelancaran seragam pasukan, Perak turut memperkenalkan skuad musim ini dengan mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu dan juga jurulatih, Mehmed Durakovic.

Perak mengekalkan tiga awang import musim lalu, iaitu Leandro Dos Santos, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva, selain mendapatkan khidmat bekas pertahanan PKNS FC yang juga pemain kelahiran Australia, Zac Anderson.

Selain itu, Perak turut diperkuatkan dengan kehadiran penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Bin Md Fauzi, di samping mengekalkan pemain kacukan kelahiran Australia, Brendan Gan, ketua pasukan, Mohd Shahrul Bin Saad, dan penjaga gol, Hafizul Hakim Bin Khairul Nizam Jothy.

Pelancaran yang diacarakan penyampai radio, Radin Bin Amir, itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan Datuk Awie, Baby Shima, Zizi Kirana, Ruffedge dan Ella.

Terdahulu, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dalam ucapannya berkata, Perak tidak membuat perubahan yang besar dan mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu disebabkan berpuas hati dengan prestasi sebagai juara Piala Malaysia.

“Tidak banyak perbezaan skuad kerana kami adalah juara Piala Malaysia dan juga naib juara Liga Super musim lalu, Insya-Allah pada tahun ini, kami akan cuba sebaik-baiknya dan kali ni juga kami akan bertanding di peringkat antarabangsa (play-off Liga Juara-Juara Asia).

“Kami akan bawa mesej ke peringkat antarabangsa, iaitu logo ‘quit smoking’ (berhenti merokok) dan juga pesanan dari Lembaga Air Perak (LAP) untuk menjimatkan air dan mesej ini akan tertera di jersi pasukan,” ujar beliau.

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika mencuba jersi baru pasukan bola sepak Perak pada majlis pelancaran berkenaan.

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu meluangkan masa beramah mesra dengan para penyokong yang hadir.

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama Piala Malaysia yang dimenangi pasukan bola sepak Perak pada tahun lalu.

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan para pemain bola sepak Perak semasa majlis berkenaan.

10,000 Penyokong Hadir Pelancaran Jersi The Bos Gaurus

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para pemain liga super dan Piala Presiden Perak semasa majlis pelancaran jersi baru pasukan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Selasa 17 November 2020, 10:26:58.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive