Kunjungan Hormat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Kepada Ketua Pengarah Keselamatan Negara : 7 Mei 2019
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama Ketua Pengarah Keselamatan Negara serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
PUTRAJAYA, 7 MEI 2019 - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Tuan Haji Engku Hamzah Bin Tuan Mat pada 7 Mei 2019 (Selasa) bertempat di Majlis Keselamatan Negara Putrajaya.
Dalam kunjungan tersebut, satu sesi perbincangan telah diadakan mengenai isu-isu keselamatan merentasi agensi di Negeri Perak.
Sesi ini turut disertai oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Ketua Cawangan Khas Perak, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak.
Sesi perbincangan semasa kunjungan hormat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ke Majlis Keselamatan Negara Putrajaya. | |
Gambar semasa sesi perbincangan yang diadakan di Putrajaya. | |
YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bergambar bersama YM Tuan Haji Engku Hamzah Bin Tuan Mat di Majlis Keselamatan Negara Putrajaya. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.