Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus. : 13 Julai 2020

Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus

Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Puan Rafliza binti Ramli menyampaikan poskad Banci 2020 kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 13 Julai 2020 -  Semua penjawat awam di negeri Perak diminta mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2020 (BANCI 2020) melalui kaedah e-Cencus yang telah dibuka mulai 7 Julai 2020 sehingga 30 September 2020.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, sejumlah 13,313 orang penjawat awam di agensi Kerajaan Negeri yang telah diisi sehingga hari ini.

Menurut beliau lagi, penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada anggota keselamatan seperti polis dan tentera, anggota kesihatan serta warga pendidik merupakan antara penjawat awam paling ramai di negeri ini.

“Justeru,  sekiranya penjawat awam ini bersama-sama dengan penjawat awam negeri mengisi e-Census, maka peratus pengisian melalui kaedah tersebut dapat dimaksimakan dalam banci fasa pertama ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Sesi Pembentangan Banci  2020 di Negeri Perak oleh Jabatan Perangkaan Negeri Perak.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman dan  YBrs. Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Puan Rafliza binti Ramli.

Dalam masa yang sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, Dapatan banci yang komprehensif merangkumi keperluan input pemantauan Agenda Pembangunan Mapan 2030.

“Antaranya berkaitan pembasmian kemiskinan, kesamarataan dan kelestarian alam sekitar yang menjadi sumber utama dalam penyediaan rancangan pembangunan negeri khususnya meliputi sosial ekonomi dan pelbagai bidang utama lain untuk menjadi negeri Perak yang lebih berdaya saing,” tambahnya.

Menurut YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, dianggarkan sebanyak 778 ribu tempat kediaman akan diliputi semasa Banci 2020 di negeri Perak yang melibatkan hampir 2.6 juta penduduk.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Banci 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia turut menyediakan talian hotline Banci 1-800-88-7720 iaitu talian utama bagi seluruh rakyat Malaysia manakala talian hotline Banci bagi penduduk negeri Perak ialah 1-800-88-5032.  Warga negeri Perak juga boleh melayari portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media social @MyCensus2020.

Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin

Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus

YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Zulazlan bin Abu Hassan

Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Puan Nor Sham binti Rahman

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 26 November 2020, 18:25:53.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive