Pembentangan Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan : 15 November 2016

Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan
YAB Menteri Besar Perak ketika sidang media selepas tamat sesi pembentangan bajet 2017.

IPOH, 15 NOVEMBER 2016 - Bertemakan Pertumbuhan dan Kesejahteraan, Kerajaan Negeri Perak membentangkan Bajet Tahun 2017 berjumlah RM1.078 bilion, bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, sebanyak RM806.3 juta diperuntukkan sebagai perbelanjaan mengurus dan RM401.8 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

“Maka dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan berterusan, kaedah serta proses pelaksanaan merupakan instrumen penting yang perlu diberi perhatian.

Bermatlamatkan Pertumbuhan dan Kesejahteraan, Bajet Tahun 2017 akan memastikan kesinambungan pembangunan dapat terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri demi Kesejahteraan rakyat Negeri Perak.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Dewan Negeri Ke-13 di Dewan Negeri Perak.

Bajet 2017 dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak itu merangkumi beberapa sektor seperti sektor pelancongan, Pembangunan Bandar, Perindustrian, Perhutanan, Pertanian, Penternakan, Perikanan, Pengupayaan Ekonomi Rakyat, Pentadbiran dan Pengurusan, Pendidikan, Pemerkasaan Generasi Muda dan Belia, Sosial dan Keagamaan, Jaringan Infrastruktur, Menyejahterakan Kehidupan Rakyat, Pembasmian Kemiskinan, Keselamatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Wanita dan Kebajikan.

Berikut adalah ringkasan Pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Menteri Besar Perak :-

BAJET 2017 : PERTUMBUHAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI (MTEN)

  • Menggerakkan kembali MTEN sebagai badan penasihat yang efektif dan proaktif
  • Peruntukan rolling plan RM 100 Juta Fokus kepada:
  1. Melengkapi rangkaian infrastruktur kawasan perindustrian
  2. Sektor Perumahan
  3. Menangani kos sara hidup rakyat
  4. Galakan pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2017

PELANCONGAN

  • Menggalakkan Pelancongan - RM 10.0 Juta
  • Sukan Pelancongan - RM 2.50 Juta
  • Pembangunan Geo-Park - RM 0.50 Juta

 PEMBANGUNAN BANDAR

  • Pembangunan Wilayah Selatan
  • Bagan Datoh Water City

PERINDUSTRIAN

  • Projek sambungan gas asli daripada Air Tawar, Manjung–Kinta (2017/2018)
  1. Kerajaan Persekutuan - RM 50.0 Juta
  2. Kerajaan Negeri RM - 10.0 Juta
  3. Syarikat Gas Malaysia - RM 120.0 Juta
  • Remisyen 25% kadar premium bagi pelupusan tanah kerajaan atau tukar syarat bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan  (Jan 2017- Dis 2018)

 PERHUTANAN (RM 6. 0 JUTA)

  • Sehingga 30 September 2016, seluas 1 juta hektar (97.63%) diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).
  • Perak merupakan negeri yang telah berjaya mengekalkan peratusan HSK tertinggi di Semenanjung Malaysia.

PERTANIAN  (RM 6.6 JUTA)

  • Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian :
  1. Pembangunan Industri Padi
  2. Pengeluaran Buah- Buahan
  3. Pengeluaran Sayur-Sayuran & Tanaman Singkat Masa
  4. Pengeluaran Kelapa
  5. Mengembangkan Industri Komoditi Berpotensi (cendawan, tanaman herba, rempah ratus dan lain-lain)

 PENTERNAKAN (RM 5.0 JUTA)

  • 4 Projek utama :
  1. Pembangunan Industri Ruminan dan Pengeluaran Makanan Ternakan
  2. Pembangunan Industri Bukan Ruminan
  3. Pembangunan Perkhidmatan Veterinar
  4. Pembangunan Kesihatan dan Kawalan Penyakit Ternakan serta Zoonotik

 PERIKANAN (RM 1.0 JUTA)

  • Untuk pembangunan ikan hiasan, pengurusan sumber perikanan darat dan naik taraf Pusat Konservasi Penyu

 PENGUPAYAAN EKONOMI RAKYAT (RM 6.0 JUTA)

  • Yayasan Bina Upaya (YBU )
  1. Program Mikro Kredit - RM 4.0 Juta
  2. Program Mikro Kredit Belia - RM 1.0 Juta
  3. Kiosk Amanjaya - RM 1.0 Juta

 PENTADBIRAN & PENGURUSAN (19.59 JUTA)

  • Jab & Daerah Baru
  1. Jab. Pendakwaan Syariah - RM 1.34 Juta
  2. PDT Bagan Datoh - RM 2.60 Juta
  • Bantuan Khas
  1. JKKK Kg. Baru - RM 0.26 Juta
  2. JKKK Kg. Tradisional - RM 4.15 Juta
  3. Pusat Khidmat Adun - RM 2.83 Juta
  • Elaun Ketua Kg. Felda - RM 0.04 Juta
  • Elaun Ketua Kg. India - RM 0.07 Juta
  • Bantuan Khas Pegawai Kerajaan - RM 4.10 Juta
  • Bakal Pesara Awam 2017 - RM 1.20 Juta
  • Seminar & Persidangan Antarabangsa - RM 3.00 Juta

 PENDIDIKAN (RM 53.0 JUTA)

  • USAS - RM 16.0 Juta
  • Dermasiswa Pendidikan Dlm Negeri - RM 11.0 Juta
  • Biasiswa Melayu& Bukan Melayu - RM 6.00 Juta
  • Pembangunan Modal Insan - RM 6.00 Juta
  • Tuisyen Online & Gemilang, Pemetaan Minda - RM 7.00 Juta
  • Tabung Pendidikan Kaum India - RM 1.00 Juta
  • Peruntukan SMJK Cina & Mubaligh, SRJK Cina & SRJK Tamil - RM 3.00 Juta
  • Asrama Amanjaya Harmoni - RM 1.50 Juta
  • Kecemerlangan Murid Orang Asli - RM 0.50 Juta
  • Tabung Simpanan Pendidikan Negeri - RM 0.50 Juta
  • Bantuan Geran Kelab Guru - RM 0.50 Juta

 PEMERKASAAN GENERASI MUDA & BELIA (RM 7.95 JUTA)

  • PeKA - RM 2.50 Juta
  • Pengupayaan Generasi Muda - RM 2.00 Juta
  • Pengupayaan Mahasiswa - RM 1.20 Juta
  • PORT - RM 1.25 Juta
  • Dewan Belia Amanjaya - RM 1.00 Juta

 SOSIAL & KEAGAMAAN (RM 87.37 JUTA)

  • Pembinaan Baik Pulih Masjid & Surau - RM 10.0 Juta
  • Baik Pulih Rumah Ibadat Bukan Islam - RM 5.00 Juta
  • Hal Ehwal Bukan Islam - RM 3.50 Juta
  • Hal Ehwal Kaum Sikh - RM 0.50 Juta
  • Elaun Guru KAFA - RM 7.50 Juta
  • Elaun Bilal & Siak (661 Masjid) - RM 9.50 Juta
  • Peruntukan Pembangunan JAIPk - RM 3.70 Juta
  • Peruntukan Pembangunan Jab. Kehakiman Syariah - RM 6.85 Juta
  • Peruntukan Sek. Agama Rakyat - RM 3.00 Juta
  • Pembinaan SM Tahfiz Darul Ridzuan (Btg. Padang & Lenggong) - RM 20.77Juta
  • Skim Khairat Kematian Tabarruk - RM 3.00 Juta
  • NGO & Masyarakat Sivil - RM 6.00 Juta
  • Pengupayaan Orang Asli - RM 1.90 Juta
  • Sukan MASSA - RM 1.75 Juta
  • Sukan OKU - RM 0.50 Juta
  • Bantuan Tunai Perayaan - RM 1.00 Juta
  • Prog. & Aktiviti Perpaduan - RM 1.00 Juta
  • PIBG - RM 1.00 Juta
  • RELA - RM 0.30 Juta
  • Maj. Kebudayaan Negeri & Daerah RM 0.60 Juta

JARINGAN INFRASTRUKTUR  (RM 86.6 JUTA)

  • JKR - RM 60.0 Juta
  • JPS - RM 19.0 Juta
  • Perkhidmatan Bandar, Kemudahan awam dan komersial - RM 3.60 Juta
  • Program KPerak - RM 4.00 Juta
  • Bekalan Air LAP - Bantuan bekalan air percuma (20 meter padu)

 MENYEJAHTERAKAN KEHIDUPAN RAKYAT (RM 33. 0 JUTA)

  • Sektor Perumahan
  1. YBU (Bina & Baik pulih) - RM 5.00 Juta
  2. SRIA RM 10.0 Juta
  3. Pengurusan LPHP - RM 6.00 Juta
  4. Pembangunan LPHP - RM 12.0 Juta
  • Insentif untuk pembangunan perumahan kos rendah
  1. Remisyen premium tanah 71-75%
  2. Penurunan caj pemajuan kepada 5 %
  3. Pengecualian fi Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan R&D, Papan Hoarding, Permit Rumah Kongsi, Papan Tanda & Pelan Lampu Jalan
    *pengecualian ini bermula 1 Jan 2017 – 31 Dis 2018

 PEMBASMIAN KEMISKINAN ( RM 35.79 JUTA)

 Perak di kedudukan ke-5 terendah bagi segi bilangan isi rumah miskin dari seluruh negara

  • YBU & agensi lain melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dari semasa ke semasa
  • Menambah 2 buah lori - Kedai Bergerak 1 Amanjaya
  • Agenda Utama Negeri :-
  1. Kedai Bergerak 1 Amanjaya - RM 0.75 Juta
  2. Prog. Bantuan Ikhlas Bina Upaya & Prog. Bantuan Imarah Bina Upaya - RM 5.00 Juta
  • Golongan miskin, warga tua & anak yatim
    1. Bantuan Am Kebajikan - RM 28.89 Juta
    2. Bantuan Pusat Jagaan Anak Yatim - RM 1.00 Juta
    3. Bantuan Pusat Jagaan Warga Tua yang berdaftar JKM - RM 0.15 Juta

KESELAMATAN  (RM 2.5 JUTA)

Keselamatan

  1. Usaha pencegahan jenayah - RM 1.0 Juta
  2. Pembanteras najis dadah - RM 1.5 Juta

 PENGANGKUTAN AWAM (RM 2.5 JUTA)

  • Bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam dapat disediakan biarpun di kawasan yang tidak memberi pulangan ekonomi kepada pengusaha

PEMBANGUNAN WANITA & KEBAJIKAN (RM 3.0 JUTA )

Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir berucap semasa persidangan DUN Perak.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan Bacaan doa sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Dewan Negeri Ke-13.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak YB Puan Thangasvari Suppiah memasuki dewan bagi mempengerusikan mesyuarat Sidang DUN Perak ke 13.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Menteri Besar Perak bersalaman dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Menteri Besar Perak bersama EXCO serta pegawai kanan kerajaan Negeri Perak setelah selesai  pembentangan Bajet 2017 bertemakan Pertumbuhan dan Kesejahteraan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Selasa 17 November 2020, 10:26:58.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive