Isnin, 23 Oktober 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:20 Oktober 2017
 
lain

Jentera pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan adalah diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu oleh Penasihat Undang-Undang Negeri serta Pegawai Kewangan Negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan ketua pentadbir negeri yang dinasihati oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dalam segala aspek dan hal undang-undang, manakala di dalam hal-hal berkaitan kewangan dan belanjawan serta perbelanjaan awam, beliau akan dinasihati pula oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Kesemua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan cawangan-cawangan agensi Kerajaan Persekutuan adalah termasuk di dalam bidang kuasa pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri. Bidang kuasa ini juga meliputi pentadbiran pejabat-pejabat daerah dan pihak-pihak berkuasa tempatan.

 

yb ss

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kini disandang oleh Y.B. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan. Beliau berkelulusan B.A. (Hons) (Pengajian Asia Tenggara) (UM), D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan pada 09 Januari 1984 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau telah dianugerahkan Pingat D.P.M.P oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Y.B. Puan Rohana Abd Malek Jawatan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak pula disandang oleh Y.B. Dato' Rohana Abd Malek. Beliau memperoleh Advanced Diploma In Law di Universiti Teknology Mara dalam bidang Undang-undang pada tahun 1987 dan Masters In Law di Centre For Energy, Petroleum, Mineral Law and Policy University Of Dundee, Scotland dalam bidang LLM (Resources Law and Policy) pada tahun 1998. Y.B. Dato' Puan Rohana Abd Malek mula berkhidmat dalam kerajaan sebagai peguam persekutuan di Jabatan Peguam Negara pada 1989. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2013; Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai Ketua Pengarah Insolvensi; dan mulai 15 Januari 2014 sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

d ghazaliJawatan Pegawai Kewangan Negeri Perak disandang oleh Y.B. Dato' Haji Mohd. Ghazali bin Jalal. Beliau berkelulusan Bachelor Science Honours Micro Biology, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1981 sebagai Pegawai Tadbir Universiti Putera Malaysia (UPM). Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri ialah Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

d bakarJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) disandang oleh Y.Bhg. Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said. Beliau berkelulusan Master of Economics (UPM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 1 Julai 1983 sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Pertanian Malaysia, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPM), Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagai Pegawai Daerah Manjung sepanjang perkhidmatan beliau. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

tsukpJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) disandang oleh Puan Nor Eni binti Ismail. Beliau berkelulusan Master in Business Administration (MBA) UKM. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 25 Januari 1995 di Kementerian Kewangan. Beliau pernah berkhidmat di MITI : Bahagian Industri (Sektor Elektrikal dan Elektronik), JPA : Bahagian Latihan (Unit Biasiswa Luar Negeri) , MoF : Bahagian Pengurusan Belanjawan (Unit Parlimen/JPM), MoF : Bahagian Pengurusan Belanjawan (Unit JPM/Pembangunan), MoF : Bahagian Pengurusan Belanjawan (Unit MoF). Perkhidmatan beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah di MoF : Bahagian Pengurusan Belanjawan/Pejabat Belanjawan Negara(Unit MoF/MoH). Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..