Khamis, 21 Jun 2018
 
  • Kemaskini Terakhir:21 Jun 2018
 
lain

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

YAB Dato' Seri DiRaja Mohd Najib kusyuk menyampaikan ucapan dalam program yang dihadiri penjawat awam.

IPOH, 15 MAC 2018 - Kerajaan pusat tidak akan mengurangkan jumlah 1.62 juta penjawat awam di negara ini bagi menyediakan perkhidmatan terbaik untuk 32 juta rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri DiRaja Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak berkata, sekiranya ekonomi negara terus berkembang, kerajaan akan menyediakan perkhidmatan dan kebajikan yang lebih baik terhadap kakitangan awam.

“Seramai 1.62 juta penjawat awam ini merupakan tulang belakang kepada kerajaan. Tanpa sokongan, dokongan dan idea daripada mereka, kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakan dan menjayakan segala dasar negara.

“Kita tidak bercadang mengecilkan saiz penjawat awam ini, sebaliknya meningkatkan lagi jumlah penjawat awam seiring dengan perkembangan ekonomi negara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bajet 2018 Bersama Penjawat Awam di hadapan lebih 5,000 kakitangan kerajaan seluruh negeri Perak di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah.

Turut hadir YAB Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Selain itu, YAB Perdana Menteri menjelaskan ekonomi Malaysia kini berada pada prestasi yang baik apabila mata wang negara dijangkakan semakin mengukuh dan boleh mencapai kadar tukaran RM3.80 berbanding satu dolar Amerika dalam masa terdekat. 

“Mata wang negara kita berada serendah RM4.49 berbanding dolar AS namun ia akan menjadi RM3.80 tidak lama lagi seperti yang diramalkan.

“Ia sekali gus menunjukkan mata wang kita antara yang terbaik di dunia,” kata beliau.

Katanya, kerajaan juga mahu mengembangkan saiz ekonomi negara dari RM1.3 trilion sekarang menjadi RM2 trilion menjelang 2025 atau lebih awal sekitar 2022.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir sedang berucap dalam majlis berkenaan.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

Para hadirin kusyuk mendengar penerangan yang disampaikan YAB Perdana Menteri.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

YAB Perdana Menteri bersama YAB Menteri Besar Perak dan dif-dif kehormat yang hadir pada program berkenaan.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

YAB Perdana Menteri sempat meluangkan masa berswafoto bersama para hadirin yang hadir dalam program bersama penjawat awam.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

YAB Perdana Menteri beramah mesra dengan penjawat awam yang hadir pada program berkenaan.

Jumlah Penjawat Awam Dikekalkan

 Antara aksi YAB Perdana Menteri dalam menyampaikan ucapannya dalam program berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.