Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform : 11 Jun 2018

Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

YAB Ahmad Faizal bin Dato' Azumu menyerahkan bungkusan juadah raya kepada YBhg. Brig. Jen. Datuk Mohd Nizam bin Haji Jaffar Panglima 2 Briged, Markas 2 Briged.

IPOH, 11 Jun 2018 – Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan sekali lagi meneruskan Program Sumbangan Juadah Raya Kepada Anggota Keselamatan dan Pasukan Beruniform yang berkhidmat di Negeri Perak pada tahun ini. Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.

Sejumlah 20,000 kotak juadah raya telah diagihkan kepada 18 pasukan keselamatan di Negeri Perak termasuk, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Markas 2 Briged, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysa (AKSEM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Taiping, Kem Tahanan Taiping/ Pusat Koreksional Kamunting, Jabatan Penjara Tapah, Jabatan Penjara Batu Gajah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terdahulu sebelum majlis penyerahan juadah raya berkenaan berlangsung, urusan pembungkusan telah disempurnakan oleh isteri YAB Menteri Besar Perak, YABhg. Dr. Nomee Ashikin binti Mohammed Radzi. Seramai 505 orang petugas yang terdiri daripada 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk PUSPANITA, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, BAKAT (Laut), BAKAT (Darat), BAKAT (Udara), PERKEP Perak, PERKEP PGA, Pandu Puteri Negeri Perak, Pergerakan Puteri Islam Negeri Perak, KESEDAR/MAKSAK, Srikandi Persatuan Veteran ATM, Persatuan Wanita Prihatin, PERISMA (Bomba), PELITAWANIS (TNB), Persatuan Ibu Tunggal Muslimah dan turut dibantu oleh pasukan 2 Briged dan Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Kotak juadah raya turut diedarkan kepada semua para petugas yang terlibat.

Bahan-bahan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya adalah rendang tok, serunding, kuah kacang, beras dan kopi. Tujuan pengagihan juadah raya tersebut adalah bagi menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang bertugas di negeri ini pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

YAB Menteri Besar Perak dan isteri bergambar bersama ketua jabatan dan petugas yang hadir di majlis tersebut.

Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

PUSPANITA Negeri Perak turut membantu dalam menyediakan bungkusan juadah raya di majlis tersebut.

Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

Petugas-petugas berkerjasama dalam menjayakan Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perakk kepada Pasukan Keselamatan dan Pasukan Berunifom.

<Majlis Penyerahan Juadah Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

YAB Menteri Besar Perak dan isteri menunjukkan kotak juadah yang akan diagihkan kepada 18 pasukan keselamatan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.