Sabtu, 22 September 2018
 
  • Kemaskini Terakhir:21 September 2018
 
lain

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Tunku Zara Salim semasa lawatan ke salah sebuah gerai yang dibuka sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri.

IPOH, 7 JULAI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan baginda bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Gazali Bin Jalal.

DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda, DYAM Tunku Soraya Sultan Abdul Halim turut berkenan menghadiri majlis itu.

YAB Menteri Besar Perak dalam ucapannya berkata, penyelarasan program yang membabitkan semua jabatan di dalam negeri mempunyai manifestasi merangkumi nilai kasih sayang dan keharmonian bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

"Ia juga menzahirkan hubungan erat antara kepimpinan negeri yang baharu dengan kakitangan awam.

"Kerjasama semua kakitangan awam dalam membuat persediaan bagi majlis Aidilfitri sebegini adalah platform yang sangat penting untuk menyubur penyatuan kita dalam memperkasa perkhidmatan terhadap negeri dan rakyat," ujar beliau.

Beliau berharap dapat melihat pentadbiran baharu dan jentera kerajaan negeri bersatu dalam setiap derap langkah untuk merealisasikan harapan rakyat.

YAB Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu juga menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk sentiasa berpegang kepada disiplin diri dan menerapkan nilai murni dalam urusan kehidupan dan tugasan seharian.

"Nilai seperti sentiasa takutkan Allah dalam perbuatan, sama ada secara terbuka atau tersorok daripada pandangan manusia, menghormati masa, bersih, cekap dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

"Malah, (kakitangan awam perlu) sentiasa memberi lebih daripada upah atau gaji yang diterima, bersungguh-sungguh dan istiqamah mestilah menjadi sebahagian pegangan setiap daripada kita sepanjang masa," kata beliau.

Meluangkan masa lebih sejam bersama lebih 1,000 penjawat awam, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terdahulu melawat lebih 12 gerai yang menyediakan juadah seperti soto Bagan Datuk, mi laksa, sup rusa, murtabak diraja, mi udang dan pelbagai jenis bubur.

Dalam pada itu, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk telah diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan Gerai Tercantik manakala Manjung kedua dan Kinta pula menduduki tempat ketiga.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasai sendiri juadah yang disediakan di salah sebuah gerai sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Noor Aniza Binti Mansor tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh salah seorang wakil gerai berkaitan juadah yang disediakan pada majlis tersebut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

YAB Menteri Besar Perak bersama beberapa exco kerajaan negeri yang turut hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Para juri yang diketuai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Noor Aniza Binti Mansor memberi penilaian bagi kategori Gerai Tercantik sempena majlis tersebut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Gazali Bin Jalal menyampaikan hadiah kepada wakil Daerah Bagan Datuk yang memenangi Pertandingan Gerai Tercantik.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk mendapat tempat pertama Kategori Gerai Tercantik di majlis tersebut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Daerah dan Tanah Manjung berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Gerai Tercantik di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1439H Pejabat SUK.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Hadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1439H Menteri Besar Perak Dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Daerah dan Tanah Kinta mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Gerai Tercantik dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.